Assalamualaikum...



Friday, December 31, 2010

BB menhampakan aku!!!

geram giler! dah berapa hari aku tak boleh nak update blog..idea datang mencurah curah macam air paip..dengan ym tak boleh nak sign..argh!benci aku!seksa..ntah kenapa line celcom buat hal..loading macam ciput..haishhh..aku uptade blog sekarang gunaa hp je..huhu..tak best..aku nak baca cerpen pun susah..hmm..tak de mood la..apa la nasib aku nie..tak boleh nak online..

Monday, December 27, 2010

Kenduri rumah Azura

kenduri apa erk? kenduri bertunang or kahwin or arwah? hahaha. sume salah. kenduri kesyukuran. azura tu masih muda untuk bertunang or berkahwin walaupun dia memang dah ada pakwe. hahaha. best woo kenduri rumah dia. aku pergi pagi balik petang. lamanya. buat apa? tolong masak ke?
aku tak sempat nak tolong masak. sampai-sampai tu terus siap semua. aku cuma tolong pergi beli barang, potong agar-agar dan berhidang. tu je la.ada la jugak buat tahlil sikit. 
apa yang aku tak boleh lupa pada hari tu. aku kenal dah dengan amirul yang selalu azura sebut-sebut tu. waktu tahlil la punya pasal. aku ingatkan azura kata amirul pakwe nad yang datang. aku pun pergi jenguk-jenguk. rupa-rupanya amirul budak sekolah sungai kob ex classmate diorang. seriusly aku cakap...memang hensem.hehe. cukup syarat kalau nak jadi pakwe aku. hahaha. gatalnya. terus terang la beb.
ciri-cirinya...

  1. serius
  2. beriman
  3. susah senyum
  4. selamber
  5. cool
  6. pendiam
  7. berpendidikan
  8. hormat orang tua
  9. peramah bertempat(maknanya cakap dengan aku sorang je) hahaha
  10. kidal( kalau boleh)
  11. hensem( bonus la bagi aku. hensem pada mata ku cukup. orang lain tak payah.
  12. berkaca mata.( entah kenapa. orang berspek dan ada ciri-ciri di atas nampak macho pada pandangan aku) hahaha.
whatever la kan. asalkan dia terima aku seadanya. dan aku terima dia seadanya...kalau tak de ciri-ciri tu pun tak pe. asalkan bila hati dah suka, lantak la apa orang nak cakap. tapi aku single but not available!hahaha

Arghhh! kau hampakan aku sekali lagi!

benggang aku semalam. internet lambat kalah ciput! idea mencurah-curah semalam. last-last, tak boleh nak update blog. haishhh...bikin banyak susah lorh!
semalam malaysia vs indonesia 3-0 beb! ahaks! fakta semalam!
aku dah bagi tau awal-awal lagi kat family aku dalam bilik malaysia menang 3-0! sebab tu aku tak tengok bola semalam. kerana six sense aku berfungsi dengan baik! kahkahkah!
perasan la penulis!
you know me!
berbalik kepada tajuk diatas.
apa yang hampakan aku?
macam biasa la kalau bukan brondband kesayangan aku. kan?kan?kan?
huhuhu. penat aku tunggu bb aku loading semalam sebab nak update blog. last-last,fed up punya pasal, aku shut down laptop dan tido!zzzzzzzzzzzzzzzzz.....
puas hati teman!
tolong la bb celcom ku sayang....jangan la buat hal..
celcon line...aku adalah penggunamu yang paling setia...bukan aku saja, malahan semua family member aku tau!arghhh!!!!

Saturday, December 25, 2010

Mak aihhh...serius gempak giler!

hari nie aku rajin pulak blogwalking. hehe. rupa-rupanya ada cite gempak beb! memang gempak! bergegar dunia blogger. fuhhh! meletop! cite pasal ju on. blogger baru. baru sangat2. blog dia aktif baru 2 hari. tapi, kritik orang macam blog dia hip hop punya! ahaks. nyampah. padahal blog dia, apa pun tak de. pe sal nak sibuk sibuk hal orang lain? punya suka la. kesian pulak aku kat shah87. ish..ish..ish..best pe blog dia. tak kisah la dia nak copy ke...paste ke...asalkan pembaca pembaca suka dan nak follow blog tu. tak kacau je kan? kan? kan? ataupun sebenarnya, ju-on tu yang dengki! mesti dengki kan. shah tu kan ramai follower. lantak ko ju on!

petang tadi aku pergi kenduri rumah maksu aku. kenduri kawin. hehe. cantik lorh pengantin dia. maksu aku cantik. pengantin lelaki hensem! ahaks. cocok sangat! tema kawin diorang kuning. cantik sangat! berseri seri. seri pengantin katakan. esok, aku nak follow lagi cite pasal ju on nie. apa pulak khabarnya insan yang tidak beridentiti nie??? menyusahkan hidup orang je. mengacau bilaukan ketenangan orang jugak. dan kecoh betol la minah nie! ahaksss... 

^_^ kalau la ju on ni tahu aku mengutuk dia, apakah ranking blog aku pun akan naik? ahaksss. hehehe. nasib baik la blog aku nie private!

Friday, December 24, 2010

Hmm...dinner

tadi aku pergi dinner dengan family aku kat kedai tu. macam biasa aku pasti aku jumpa dengan budak yang mata cantik tu. jeles la. dia lelaki okey. bukannya gurl. ahaks. sebab tu aku jeles.aku suka jugak usya usya budak tu.hehe. ye la kan, hensem sangat. mak aihh! gatalnya aku malam nie. hahaha. tadi waktu dia ambik order, dia tersenyum kat kelatah adik-adik kau. giler siot! memang hensem la. mak oii. boleh cair woo. nasib baik la aku tersedar dan cepat cepat tunduk. tak nak usya lama lama. nanti tak boleh nak tido malam pulak asyik teringat kat dia. sampai sekarang aku tak tau nama dia. haishhh! tak minat pulak nak ambik tau. aku cuma suka-suka ja usya dia. hehehe. tak de niat lain pun..hihi.


tadi ezze dah confirm fb adik aku. add adik aku tak fb la maksudnya. aku berpeluang la tengok picture dia tadi. muka dia persis cikgu ishak la. hmm. betul-betul macam orang umo 30. banyak jugak la pic dia. aku malas nak tengok banyak-banyak. internet kan lambat. huhu.aku harap dia jumpa la dengan jodoh yang sesuai dengan dia. aku tak boleh la nak terima dia lebih dari kawan. maybe sebab dia terlebih matang bagi aku. dan aku pulak terlalu muda bagi dia. pakcik boleh la. pakcik aku pun tak sampai lagi umo 30. kalau boleh aku tak mau la dia menaruh harapan  yang tinggi. aku serius tak mau couple-couple...cintan-cintan...huh...macam mana nie? patut ke aku straight sangat macam tu? aku tak tau macam mana nak mulakan...Ya Allah...sekali lagi...aku mohon pertolonganMU...terbalikkanlah hatinya kepada yang lain...tolonglah aku...aku..dia..hanyalah ku anggap sebagai kawan..pakcik..tak lebih..tak kurang...temukanlah dia pada yang lain..yang lebih baik...AMIN....

Thursday, December 23, 2010

I can't believed it! Seriously!!!

semalam aku tak update blog sebab black out.huhu.nyampah la.dah la lama pulak tu. esoknya pulak aku nak pergi ambik result. haish! bikin kacau la....aduss...ntah semalam aku tido pukul berapa. pukul 4 pagi kot rasanya.hihi. punya la nervous overdos.giler sewel punya.


macam mana result? haishh...belum masuk bab tu lagi. cerita dalam kereta dulu..mak aihh... nervous giler...dalam kereta...ayat kursi...macam-macam la jadi bacaan aku. bacaan bismillilah lagi...fuhh...memang sewel la.


sampai kat sekolah, aku turun dari kereta dan pergi kat kawan-kawan aku yang tengah excited tunggu result.dalam jam 11.30 result kuar...kalau nak cerita dari awal sampai akhir..tak habis sampai esok..


cuma aku nak gtau..aku dapat...


7A 1B...


ahaksss....macam tak percaya jeeee....
alhamdulillah...
terima kasih ya Allah...

Tuesday, December 21, 2010

Tak sangka pulak

malam nie ustaz hantar mesej kata aku lagi. aku ingatkan kawan-kawan aku yang hantar mesej rupa-rupanya...ustaz ibni hajar. hahaha. terkejut jugak teman. aku pun alang-alang ada kredit, aku balas la kan. dalam masa yang sama aku chatting dengan ezze. apa cerita dengan ezze? ok je aku dengan dia. tapi aku cerita pasal ustaz dia cakap dia jeles? huhu? apa maksudnya nie. jangan tangkap lentok dengan aku. haish. apa aku nak jawap. dia dah umo 30 aku pulak baru 15. jarak umo terlalu banyak. 15 tahun. pakcik aku pun belum sampai umo 30. haish. gawat jugak. baru beberapa hari aku kenal dengan dia. takkan la kan. macam mana aku nak buat. aku try sedarkan dengan tadi dengan gtau umo aku 15 tahun dan dia 30 tahun. tapi...haish...susah nak cakap. betul la orang cakap...cinta itu buta. tapi janganlah dengan aku...aduyaiiii...dia sepatutnya kawan dengan orang umo 20 an je. tangkap lentok pun sama. bukan dengan budak-budak macam aku. siap dengan ajak jumpa lagi. tu mesti kes tahun depan dia balik malaysia. aduss. aku tak nak la benda macam nie. aku masih muda. tak puas lagi nak enjoy. nak hidup sebagai bujang senang. aku nak study dulu. banyak lagi benda dalam dunia nie aku nak buat. aku risau jugak. orang yang bekerjaya macam ezze tu haish...dia pulak dah matang. adoii...tak ke buat aku risau macam tu. kalau dia nak...hmm...simpan dalam hati je la...harap-harap la ada benda yang lagi baik untuk aku...aku risau...tolong la aku...

I can't believed it!

pagi tadi punya cerita. sedang aku masak untuk makan tengah hari, entah macam mana tergerak hatiku secara spontan aku membelai kucing yang tak pernah aku sentuh! wow! macam tak percaya ja! lembutnya bulu dia. kucing yang aku panggil meow tu macam takut dengan aku waktu mula-mula aku sentuh dia. sebenarnya aku pun takut jugak dengan meow. hahaha. aku takut tengok kuku dia yang tajam tu. geli dengan bulu dia jugak. tak de la takut dengan dia sebenarnya. cuma geli! hahaha. tapi hari nie, 21.12.2010 tarikh keramat! aku kawan dengan kucing. hahaha. meow tu kucing abah aku. abah aku sayang la jugak kat dia. aku selalu bagi makan kat dia. meow selalu teman aku kat dapur. kalau adik-adik aku tak de untuk aku cari pasal, cari gado, meow la aku ragging. aku marah dia. aku berleter kat dia. padahal bukannya dia faham pun apa yang aku cakap. hahaha. mati kutu la pulak aku! best jugak tadi main dengan meow. main dengan bulu dia, hidung dia. hehehe. memang macam tak percaya ja. mungkin allah dah balikkan hati aku supaya suka kucing. ye la, selama ni aku dengan kucing, tak suka sangat. hanya DIA yang mengetahui....

Monday, December 20, 2010

Done!

masalah aku dan dia selesai malam tadi. aku cuba slow talk. kalau buat tak tau je nanti masalah tu tergantung pulak dan akan timbul lagi lepas tu. kan? pada pandangan aku la. tak elok sangat pendam sorang-sorang rasa tak puas hati.nanti lain pulak jadinya. hehe. pada pendapat aku. selama nie aku memang tak teringin sangat nak selesaikan masalah aku sampai habis dan biarkan tergantung macam tu ja. nasib aku baik sebab masalah tu tak pernah timbul dah lepas tu. masing-masing menyepi. macam bilik mayat!
apa masalah aku dengan ezze?
huh...kecik hati...
kenapa?
sebab dia je yang selalu tego dia..aku pulak tak pernah pun tego dia dulu..so dia rasa dia pulak yang beria-ria nak kawan dengan aku...dan aku? lu pikir la sendiri...
ada sebab la aku tak tego dia dulu. sebabnya dia buat invi...tak tau sama ada dia online ke tak...busy ke tak...
ada satu hari tu aku tego dia awal...rupanya dia tengah sibuk...tak terganggu ke kerja dia? haish...not my type...
aku dah explain benda nie kat dia...sama ada dia faham ataupun tak...allahualam...
apa yang pasti masalah tu takkan timbul lagi...
aku dan dia kawan macam biasa jugak...masih chatting tiap-tiap malam...tapi sampai bila? aku pun tak tau la...

Sunday, December 19, 2010

Apa masalah nie?

hmm...apa masalah aku dan kau nie? aku pun tak tau la..baru je kenal kan? baru je sehari tak chatting kan? takkan la jurang terbina seperti setahun tak jumpa...tak tego..tak bercakap..dan bla..bla..bla..bukan sengaja lorh aku tak tego...dah memang perangai aku macam nie...tak suka ganggu orang lain...tapi kalau orang ganggu aku tak pe...aku ok je...walaupun aku sibuk..
pujuk la dia penulis...
macam mana nak pujuk..aku mana reti...
haish..tu pun susah ke?
mesti la..dia lelaki lorh..kalau adik aku lain cerita..aku kasi coklat ke..kiss ke...geletek ke..adoii..
aku bukan saja tau nak cari gado..aku tak suka gado-gado dengan kawan aku nie...haish...
dia pun tak balas last mesej aku..kenapa? kenapa? kenapa?
kecik hati ke?
aku say sorry dah...
dia cakap aku respon lambat
dia pun sama la...
sebab tu..dia terasa..
boleh diskus tak?
hmm..
aku tak reti nak berkata-kata lorh..
serius dari hati...
aku sayangkan kawan-kawan aku
most important...
between love and friendship..
aku pilih friendship...
betul ke?
yup...
aku adalah kedua-duanya
tolong fahami aku yang tak seberapa...

Saturday, December 18, 2010

Semalam punya cerita

Cerita pertama...
aku tersangatlah geram! ada ke patut aku tak boleh nak online malam semalam? nie sume sebab adik aku,angah punya pasal. tak puas ke online dari pagi sampai petang untuk time dia. pastu time aku malam pun dia kebas, last-last abah aku mintak laptop sebab nak guna. arghh! tak patut betul! kalau angah tak bawak masuk laptop dalam bilik untuk tengok tv mesti abah aku tak mintak nak guna punya. aku jugak yang tak boleh nak online. apa lagi, tido awal la malam tadi. pukul 10.30 dah tido. 


Cerita kedua...
semalam jugak punya cerita, adik bongsu aku yang bernama muhamad azri sudah selamat dikhatankan secara tradisional! hahaha. menangis jugak sebenarnya. tapi kejap je. aku tak pergi la tengok kan. hehe. gerun jugak. tapi kan. oleh sebab adik aku tak boleh nak lasak, mulut dia tak berhenti bercakap. adik aku yang number tiga ,bangchik, bila kena sunat,diam je mulut dia. tido sepanjang hari! wow! dari time dia sunat sampai la pagi esok baru la dia bangun bercakap dan sebagainya. bertentangan dengan adik aku yang bongsu nie. tak boleh nak lasak, mulut dia yang bising. jenuh jugak la aku nak melayannya. letih. macam-macam dia tanya.nak tinggal sekejap pun tak boleh. nanti mesti dia panggil punya. eeeiii! geram betul la...haishh!!!


Cerita ketiga...
masih dalam mood semalam...aku tak berchatting dengan ezze normezan...ahakss..sape tu? ala...pakcik yang study kat jepun tu la...sepanjang aku kenal dia...rasa-rasanya 4 hari dan hari nie 5 hari, baru semalam aku tak chat dengan dia. sebabnya dia ada meeting...so tak boleh nak berchatting. kiranya ada hikmah jugak la abah aku online malam tadi. kalau tak...ish..ish..ish..tak tau la... kawan aku tu akan fly balik ke malaysia hujung bulan mac tahun depan. kejap je lagi. dah tak lama. pejam celik..pejam celik...aikk...dah bulan tiga la..aikkk???aku dah nak dapat result la...huhuhu...23.12.2010... 4 hari lagi dari tarikh hari nie...apalah result aku erk? 


adakah akan cemerlang? baik? sederhana? memuaskan? teruk? arghhh!!! 
tension lorh...malam tadi tido termimpi-mimpi result...serious...tak gurau-gurau lagi..
aku dah selsema sekarang tunggu demam datang bertandang....
demam result..ahaks
sabarlah wahai hati..terimalah dengan reda...itu yang kamu usaha itulah yang kamu dapat..
cakap memang senang..maksud aku..taip la..
tapi nak melaksanakan tu..mak aihhh..berkurung dalam bilik 7 hari 7 malam kalau hati hampa...kan?kan? kan?


aku dalam penantian......

Friday, December 17, 2010

Kenapa tak boleh?!

aku sangat geram+jauh hati dan jantung bila tak boleh nak install skype. oh sayangku skype...mengapakah begini? ahaks...jiwang karat emas pulak malam-malam nie...aku dah try beribu-ribu kali tapi tak boleh-boleh..kenapa? kenapa? kenapa? tak kesian aku ke? huhu...
hmm...maybe dah tak de rezeki nak guna skype kan. dan mungkin ada yang lain yang lebih baik daripada skype nanti yang aku boleh guna. kan? kan? kan? 
penulis sedang memujuk hati yang lara ke?
haah la. hati aku aku pujuk sendiri la. sape yang nak pujuk hati aku kalau bukan aku.
aku dah mula nak cakap sorang-sorang dah la nie..huhu...
tak sangka tau dalam banyak laman sosial...skype je yang aku fail nak buat..betul-betul mencabar.aku fikir blog la paling serabut tapi skype lagi susah...memang la tak serabut skype nie..tapi susah nak install...maybe sebab laptop nie sama kot...tak pe la..nak buat macam mana kan..huhu
nak pujuk hati nie...tolong la hatiku...jangan kecik hati..haha
papepun memang aku geram sangat-sangat. dah la page dia..fuhhh...cantik beb..biru laut gitu..favourite colaur aku lagi...ahaks..tenang je....lagi-lagi skype...orang lain demam facebook...aku demam skype..haha

Thursday, December 16, 2010

Rutin harian

setiap pagi mesti pegang penyapu dulu, sapu sampah then masuk dapur dan masak. pagi tadi punya cerita, tengah aku masak dengan mama aku, adik-adik aku bergaduh berebut remote nak tengok cerita kartun masing-masing. aku benggang la. mama aku larang buat tak tahu je. memang nak kena. kau masuk...memang sakit la. aku penampar setiap sorang. padan muka.menangis la dia orang tu. aku blah balik masuk dapur. sebenarnya, tangan aku jugak yang sakit bila aku belasah adik-adik aku tu.ahaks...


adik aku angah..huhu.. pemalas giler. semalam tukar langsir, guna langsir lama punya. aku basuh langsir baru. dia tukar la guna langsir lama. ada dua langsir kena iron. alahai...merungut tak mau iron. dia cakap tak reti.aku ajar tak nak ikut. last-last mama aku yang ajar dia. hahaha. padan muka. dia bangun pagi tadi dah la lewat. tido awal bangun lewat. aku yang tido lambat dari dia pun bangun awal. lepas dia bangun tu termenung dulu berjam-jam. elok lah. sume kerja rumah dah siap. dia makan je. senang sungguh. nak suruh sidai kain baju pun susah.haish..apa la nak jadi kan? tahun depan dia stay hostel. baru la dia tahu langit tinggi ke rendah. sume benda kena buat sendiri. berdikari la sorang-sorang... mama aku pulak hari-hari membebel kat dia...aku jugak nak kena dengar sama...haish..macam-macam la...

Sportingnya dia

aku ada sorang kawan baru..hehe...nama dia normezan, belajar lagi kat jepun tapi umo dah 30. tak kawin lagi. dulu dia cikgu. best la kawan dengan  dia. banyak cerita.kalau chat mesti sampai pagi.lebih kurang pukul 3.30 pagi ataupun 4 pagi...hehe. banyak sangat cerita. maklum la. cikgu kan. aku tanya dia jawap. haha.


aku tak de selera dah nak makan. aku tersempak dengan berita harian online yang menyatakan result akan keluar 23.12.2010. mak aihhh...tolong la aku. aku rasa macam siptom-siptom deman selsema, sakit kepala dan batuk dah menyerang. huhu. stress punya pasal. nervous...menggeletar tak tentu pasal. sewel giler la aku nie...ahaksss...

Wednesday, December 15, 2010

Ziarah menziarahi

malam tadi aku buat skype, tapi tak boleh. nak dijadikan cerita aku mintak tolong dengan serong kawan aku ni, kawan baru. aku kenal dengan dia kat penulisan2u.my. dia study lagi kat jepun. tapi umo dah 30. ahaks. pakcik dah. dia la ajar aku guna skype. rupa-rupanya aku tersilap install...aduss.. letih woo...aku tido pukul 3.30 pagi bgn pkl 8.30. mengantuk giler. bertambah letih bila aku tau adik aku, angah delete file download. aku try download lagi sekali, tapi tak boleh. risau boleh rosak laptop. rugi-rugi. penat aku semalam...

petang tadi aku hentam tido dari tengah hari sampai petang. hahaha. pukul 5.30 petang pulak aku dan family pergi ziarah makcik aku balik dari mekah...buat haji. best jugak dengar cerita dia. yang paling best boleh minum air zamzam, kismis, kurma, kacang-kacang yang banyak...hahaha...aku tengok muka makcik dan pakcik aku bersih je...mungkinkah aku jua akan ke sana nanti? insyaallah...

Tuesday, December 14, 2010

Sepupu aku

semua orang ada family...aku pun sama la...aku ada ramai sepupu...tadi aku nak cerita cuma dua orang, lelaki...hehe. gatal ke aku? aku rasa tak la...ahaks...hey...this my life okey...ikut suka aku la...ceritanya macam nie...


sewaktu cuti semester yang kedua , kalau tak silap aku, bulan 6 kot family mak jang aku datang dari pahang...dia orang hantar kaklong pergi sambung belajar kat poli perlis dalam perniagaan. nak dijadikan cerita, sepupu aku ada dua orang yang datang rumah...amin dan amir...amin tua setahun dari aku...amir sebaya...antara amin dan amir amir lagi handsome...tapi amin lagi pandai...ahaks...pening tak?


malam tu lepas mama dan abah aku masuk tido, aku dok sembang lagi dengan makjang aku, amin datang. dia cakap nak air...cari tak jumpa...aku pun pergi la tunjuk...waktu tu la dia mintak number fon...aku keberatan nak bagi...tapi risau pulak dia cakap aku sombong..aku pun bagi la...si amir lak ejek-ejek abang dia...


" ko tak malu ke amin mintak number fon orang?" ahakss...macam tu la lebih kurang. si amin tu buat tak tau je...


baru-baru nie opah aku datang..cik nor aku ada la cerita yang membuatkan aku terkejut...si amir pesan kat sepupu aku jugak...anak mak ngah aku...


bunyinya lebih kurang macam nie...
" kalau ko jumpa anak maksu ko tolong mintak number fon dia erk.." ahaks
mungkin oleh kerana sepupu aku, wan nie pecah rahsia...dan cik nor aku dengar...dia cerita la kat aku...hahaha...melucukan sepupu-sepupu aku nie...aku memang nak gelak guling-guling la macam nie...

Monday, December 13, 2010

Letih betul macam nie!

bengang la!!! aku nak sign in ym pun tak boleh....pe hal la brondband nie...berjam-jam aku tunggu...benggang!! nak baca cerpen pun susah...bila time pukul 12 tengah malam ke atas barulah internet laju...time tu aku tido la...adusss...apa cerita aku hari nie selain pekara yang di atas...
abah aku beli kereta kontrol untuk adik-adik aku 2 buah...wow!!! ahaks...hadiah untuk adik aku bersunat...ataupun masuk jawi...
aku makan apa hari ni?
aku makan cucur udang je...malas nak masak...hari nie jemaah haji balik tau...tadi ada la sikit makcik aku hantar kurma.kismis.sejadah,telekung dan sebagainya kat kami...yang paling best...ada celak lorh..aku suka sangat...awal-awal lagi aku taruk kat mata...cantik jugak...pakai dalam rumah je..kalau keluar jalan tak pakai pon...risau ada orang ngurat! ahaks!!! aku dah mula perasan lebih...hahaha....aku ada banyak cerita nak kongsi..tapi oleh kerana cerita tu panjang, terpaksa la aku cerita dari awal baru la boleh cerita yang tengahnya pulak...papepun aku try cerita dari mula bila aku ada mood dan masa...

Sunday, December 12, 2010

Penat woo

semalam aku tak update blog lagi...aku suka sangat blog nie...blogwalking lagi aku suka...
tapi semalam, terlampau letih sampai tak larat nak bukak laptop dan nak tekan key board..ahaks
kenapa?
sebab family belah mama aku datang..so? faham falam la ye...
kena layan...
aduss...penat...tolong masak la...macam-macam la...kalau orang datang rumah nie kena la jaga tingkah laku...plus, aku kan baby tua...hahaha..kena tido petang..wajib okey! bertambah letih la aku...aku tak tido petang...bila time pukul 9 malam lebih kurang...mula la...menguap semacam je...aku pun blah masuk bilik..tido! tak sanggup dah...katil..bantal...selimut memanggil dengan suara yang lunak...hanya aku yang bisa mendengarnya...aku nak post banyak-banyak pun semalam tak boleh...banyak tajuk yang aku nak tulis..tapi tak kesempatan lagi..huhu.. papepon aku try untuk post jugak...ahaks!
 
nervous betul tunggu result PMR!!!

Friday, December 10, 2010

Bahana facebook

semalam tak de mood nak update blog...hari nie plak idea mencurah-curah...tengah tengok tv sambil update blog malam nie...kapten jack sporrow...ahaks..kenalkan dia?
berdasarkan tajuk malam nie tau kan facebook ataupun fb...adik aku buat fb...ak je yang tak buat...pelik kan? maybe aku sorang je yang tak de fb...ada internet kat rumah tapi tak buat fb...yang orang tak de internet kat rumah tergedih-gedik buat fb..sanggup pergi cc...
bahana fb? melalaikan...tapi laman web sosial lain pun sama la jugak..satu lagi sebab sebab yahudi yang punya...aku terpengaruh dengan artikel yang kawan aku sent hari tu..lagi satu plak aku malas...malas sesangat...so apa boleh buat? azura yang paksa aku banyak kali dah...aku buat tak tau je...hahaha...sian dia..
adik aku buat fb sampai mengadap fb tu berjam-jam...entah la apa yang best sangat...walaupun memang la agak best..hahaha

Wednesday, December 8, 2010

Penatnya shopping

penat wooo sampai semalam pun tak update blog...huhu...tapi best...oleh sebab aku tak pernah pergi Parit Buntar, bagi aku Parit Buntar tu cantik...haha...kesian..kesian..
aku beli kasut sekolah je sepasang, kasut tahun lepas boleh pakai lagi. yang bershopping sakan adik-adik aku la. maklum la, angah nak masuk tingkatan 1. dapat keputusan boleh tahan 4A1C... kasut 2 pasang, baju sekolah 2 pasang(tempah), beg dan pakaian-pakaian yang tak beli lagi untuk tahun depan. nak masuk asrama la katakan. adik aku bangchik? lebih kurang la, sama jugak. adik bongsu aku...hmm...senang je...tak banyak kerenah...kasut sekolah sepasang dah buat dia excited, baju melayu untuk pakai waktu sunat bulan nie. harga semua barang kami 4 orang adik beradik...RM 492.00 tunai. ahakss...hampir RM 500...pokai abah aku hari tu...sempat jugak aku dan adik-adik aku posing kat sana...

Monday, December 6, 2010

Shopping esok!

aku baru je habis menulis cerpen. akhirnya, habis jugak. panjang tau cerpen aku. dalam 30 muka surat adala. aku tengah edit balik. huhu.letih jugak!
esok aku nak pergi shopping. dengan sape?
dengan family la. beli baju seolah adik-adik. kasut. beg. best kan?
selaunya shopping dengan kawan-kawan lagi best kan?
tapi tidak bagi aku. kalau shopping dengan family apa-apa yang aku nak beli, senang. tak payah nak keluarkan duit sendiri.
nak shopping kat mana?
aku pun tak tau.
tapi mama aku cakap parit bundar.
ada apa kat sana?
aku pun tau. tak pernah pergi.
tak pe, tak kisah kat mana pun.janji hati puas perut kenyang.
buat apa pergi tempat-tempat yang best-best tapi terketar-ketar nak keluarkan duit.
aku bukannya orang kaya.
hahaha...
papepun...janji happy!
jumpa esok!

Sunday, December 5, 2010

Pergi pasar malam

entah apa angin aku hari nie rajin plak aku pergi pasar malam...ahaks...kalau tak...memang liat punye nak pergi pasar malam...
aku pergi sana bukannya apa sangat pun...( time aku nak update blog...mula la ada orang nak kacau..sape lagi...adik aku la..abang chik)
aku beli wayar telefon..haha..getah rambut..memang orang panggil wayar telefon pun..
pas tu...aku dan adik aku ,angah usya CD Harry Potter...hehe...abah aku tak tau...kami kongsi duit...kalau dah namanya pasar malam...mesti cetak rompak kan?
lagipun kalau beli yang ori rugi sebab mahal...dan..bila dah tengok cerita tu...tak kan la nak tengok lagi...kan..kan..kan?
beli kat pasar malam boleh dapat RM 7 ringgit je...ahakss...murah kan? berbanding yang ori.. cerita dia tu...cukup la setakat boleh tengok...papepun...aku tengah tunggu adik aku yang si angah tu balik dari surau...nak tengok dengan dia...nanti aku tengok dulu...dia marah pulak..kena replay balik...

mama tenam membebel kat adik-adik lelaki aku sekarang sebab nak makan kat kedai...buat penat je aku masak sedap-sedap..tadi aku tanya nak makan nasi tak...sumenya gelang je...nasi 5 pot pun boleh habis...sekali hadap je...ish..ish..ish...makan banyak sungguh!

Saturday, December 4, 2010

Malam yang dingin

malam nie memang sejuk...dua selimut pun belum cukup...okey jugak la internet hari nie laju...hmmm...
aku tetiba rasa aku malas nak online YM...
kenapa?
sebab kat YM tu bukannya ada sesiapa pun...
semalam aku tego Bai...kawan aku...tapi dia buat derk je...
kenapa?
aku pun tak tau...kalau dah dia buat tak tau...tak kan la aku nak terhegeh-hegeh...walaupun dia tu girl...
lagipun...kat YM tu banyak kenangan...
yang tersurat dan tersirat...
aku tak setuju angin dengan Hadi...bila dah lama tak berchatting gara-gara YM dia hilang...aku jadi kekoh...
jurang antara aku dan dia pun besar...
tak serasi macam dulu...
jadi untuk apa lagi aku di sana?
kalau hanya untuk menjadi patung semata-mata?
hmmm...hidup...

Friday, December 3, 2010

Aku boring

berdasarkan tajuk...tahu tak boring..bosan? sama maksud la tu...merapu sudah...
pagi tadi aku masak dan makan nasi lemak...tujuk pot sekali hadap je...adik-adik aku makan banyak...aku makan sikit je...ahakss...sedap la katakan...hihi...
aku baca novel untuk hilang bosan...
aku chatting untuk hilangkan boring
aku dengar lagu untuk hilangkan sunyi
aku tengok tv untuk musnahkan sepi...tengok je ke? hahaha
aku online...tapi internet lambat..aku bengang..tapi tertahan...huhu
aku lihat kalender..mak aihh..dah bulan 12..
aku nervous....
tido pun terbayang result
dalam hati berharap..
result aku cantekkkk punya...
dalam doa...itulah harapanku...
mungkinkah?
aku bukak YM...
teringatkan kawan lama...
tapi dia orang tak ingat kat aku pun..
YM tak online...
last-last...aku fed up..
kalau orang dah tak nak kawan...
apa boleh buat..
pasrah la..
aku bukan ingin meraih simpati..
tapi hanya ingin meluahkan perasaan..
aku bukannya layang-layang tanpa tali...
tetapi aku ingin melayang mengikut arah angin...

Thursday, December 2, 2010

Jurang terbina kerana masa

pabila sudah lama tidak bersua
antara sedar atau tidak
tembok kejurangan terbina
sukar untuk diungkapkan 
dengan kata-kata
mengapakah harus begini
walaupun tidak bertentang mata
tidak berbunyi suara
getaran di dada
tidak kurang hebatnya
ada hati yang akan terasa
ada hati yang tidak selesa
munkin
ada hati yang akan terluka
apakah ini?
tidak diminta
tidak diundang
datang bertandang tanpa diduga
apakah ini?

Aku frust giler!

hahaha...berdasarkan tajuk di atas apa yang korang akan cakap? mesti pasal cinta kan? hihi..janganlah mimpi di siang hari...pemilik blog nie takkan bercinta semasa belajar..insyaallah...
aku frust sebab tak boleh naik motor abah aku...hujan la petang nie...abah aku pergi keluar...jadi nie la peluang aku nak buat plan giler...last-last, begini la jadinya...hujan renyai-renyai...membantutkan rancangan aku.
aku bosan giler-giler cuti nie...tak tau nak buat apa..huhu..sekarang nie aku tengah chatting kat ungu chat room...
kalau aku tak chatting..aku reading...ataupun tido...penganggur terhormat katakan..ahakss..

Wednesday, December 1, 2010

Mungkinkah?

hari nie dah masuk bulan baru.1 Disember...maknanya bulan nie aku akan terima result...kan?kan?kan? bila fikr pasal result aku rasa macam pening-pening lalat. tak tau nak bagi reaksi apa. cuak! aku benci cuak! tu result tak de lagi. cuba kalau esok nak ambik result...malam nie tido tak lena...keesokkan harinya pulak...dok dalam kereta... pusing sana..tak kena..sini pun tak kena...dalam otak..aku dapat berapa erk?

sejujurnya...aku tak dapat bayangkan la kalau aku tak boleh dapat 5A ke atas...fuhh...confirm! nangis punya...aku tak la pandai sangat...tapi memang berharap la... allah nak tolong aku tak kali nie? upsr dulu aku cuma dapat 3A 2B je... aku nie bukannya baik sangat..aku jahat! tapi..tu la...aku pun tak tau la... susah nak jadi baik nie..huhu...nafsu kena kawal...tak boleh lawan cakap la...aku nie pemberontak! kalau aku tak suka...aku cakap...aku tak suka orang bangkang cakap aku...lebih-lebih lagi bila kau cakap tu demi kebaikan dan dituduh aku nie dengki la..cemburu la...aku tak boleh dok diam-diam...arghhh!!! siapalah yang memahami aku? siapalah yang akan tahan dengan aku?

Tuesday, November 30, 2010

Aku geram sangat!

semalam aku tak boleh nak update blog sebab tak boleh bukak firefox! ahhh!!! geram siot! aduss...aku tunggu punya la lama... tapi habuk pun tak dak.
tu kisah semalam...aku nak cerita pasal hari ni pulak.
pagi-pagi tadi lepas bangun tido dalam pukul 8( aku solat subuh tido balik) aku dikerah untuk taruk tanah dalam pasu bunga.aku tak suka la tanam menanam ni...tak minat...tapi demi mamadaku yang tercinta...aku sanggup...huhu...adalah dalam sepuluh buah pasu aku taruk tanah...letih! kesian aku.
pastu waktu petang pulak... untuk kali kedua aku naik motor bergear...hahaha...abah aku keluar aku pun naik tocang la..bukan selalu...aku selalu naik motor skuter je...(pasola...tau motor tu?)...lambat pulak tu...aku tukar angin la pulak...
aku pergi library...dalam perjalanan tu...mak oiii...hujan turun dengan lebatnya...haisshhh..apala nasib...aku redah jugak la...dalam hati berdoa aku tak langgar orang...kes naya tu...
papa pun...aku harap la sangat BB aku tak buat hal...dan aku dah dapat tangkap sindrom-simdrom laptop aku pun mula pandai bagi masalah kat aku...kerja nak menyusahkan hidup aku..aku belai korang macam aku jaga diri aku...macam ni pulak korang balas...kejam!!! hahaha...aku cakap dengan BB dan laptop...macam tak sihat je aku nie...agak tension..sebab bulan nie result nak keluar!!!ahaksss...

Saturday, November 27, 2010

Aku tak sempat nak update blog

ahakss... aku baru je habis goreng mee. dok mengadap laptop dari tadi. best ooo. sambil -sambil tu baca cerpen kat p2u. lagi hip hop. pekes aku tak sempat nak update blog? sibuk sangat ke mengalahkan PM? aku banyak hal la. kadang-kadang tu internet buat hal. loading macam ciput.

aku tak sempat nak update blog sebab tu la. kadang-kadang bertangguh-tungguh nak update sampai tengah malam.mengantuk dan tido terus.hahaha. kejam punya mata.apa-apa pun, insyaallah aku akan cuba update blog tiap-tiap hari.

Thursday, November 25, 2010

Bila jumpa kekawan lama

terkejut habis...excited sebenarnya...tengok kawan lama online.best.bila jumpa dengan orang yang kita selalu gado-gado...rasanya macam kenangan tu sweet sangat.hmm..aku dah mula nak memutarkan kenangan lalu.huhu.giler.tak sangka.tapi kawan aku nie...hadi..dah berubah la pulak.pendiam je.bila aku tanya katanya tak de modal.dulu pun x de modal jugak nak cakap tapi cari jugak modal nak sakitkan hati aku.maklum la...sekarang nie sume orang fb je.mana ada orang layan ym.aku terasa ke?sikit-sikit.ada jugak la.aku memang tak de fb.aku malas nak buat.aku pernah buat fb untuk adik aku je.tak la best sangat.macam ms ..tagged..fs la jugak..

hmm...aku bosan jugak sorang-sorang nie.kawan aku eqmal ntah hilang mana.ym off je sentiasa.ntah-ntah dia dah remove ym aku tanpa sebab.arghh!sewel larh..orang selalu tanya aku..kenapa tak buat fb...takkan aku nak cakap sebab fb tu yahudi punya dan melalaikan?memang la tu yang sebenarnya.dan sebab yang lain sebab aku malas.aku tak suka.kenapa la tak cuba fahami aku?

memang orang sekarang gila fb.aku pun tak tau kenapa.apa yang best sangat?hmm...rasa lega pulak bila tulis apa yang aku rasa kat sini.ye la..aku bukannya ada sesiapa..maksud aku kakak atau abang...nak cerita masalah aku...aku anak sulung...ahakss..

Apabila mama aku mula mengarut

masih ingat cerita aku pergi melawat baby...hahaha.rupa-rupanya cerita tu tak habis lagi.keesokkan harinya...aku tak ingat la waktunya bila...tak pe..tak penting..yang penting isinya sahaja.mama aku cakap waktu nak aku angkat cawan dan tolong basuh...pakcik tu(tuan rumah) tengok aku pelik je.nak buat menantu pe...wakakaka.aku gelak guling-guling.apa la mama aku nie.buat lawak tak bertempat.tapi pakcik tu memang ada anak lelaki pun.form 4.waktu aku pergi rumah dia...dia tak de kat rumah.pergi test lesan motor.bila aku dah balik baru dia pun sampai.tak sempat pun nak kenal.aku dah masuk kereta.aku pun cuma diam ja...mula-mula...nak susun ayat..sampai la ayat formal aku keluar...hmm...tak mau la kakak kat anak pakcik tu...dekat sangat dengan rumah kita.(sebenarnya jauh la jugak) tapi satu daerah kan? dekat la tu...

mama aku cuma senyum...haisshh...mama nie...anakku yang tercinta masih belajar tak terfkir pun sampai nak kahwin awal-awal.PMR result pun tak keluar lagi.tak puas enjoy la.couple pun tak pernah...sebenarnya tak ingin pun...sesak la couple nie.serabut.kena jaga hati banyak pihak.tapi siapa yang nak jaga hati aku? aku jaga sendiri la.tapi hati korang aku kena jaga.banyak cantik dan mocho muka? hati masing-masing...jaga la sendiri okey!

Hmm...apa perasaan aku?

aku baru je habis novel 'Versus'...amacam?cepat tak?huh..cepat jugak la.so far so good.banyak yang aku dapat dalam novel tu.nak tau apa?baca la sendiri.tak rugi.sebab tu aku suka Hlovate!walaupun aku tak kenal dia.dia lelaki ke perempuan erk? aku pun tak tau la.tak dapat nak agak. orang yan berilmu tinggi macam dia tu ingat senang ke nak cerobah masuk dalam fikiran dia. susah beb! kalau setakat kawan-kawan sekolah tu...tengok muka pun aku dah tau dia orang nie ada masalah ke tidak.maklumla...air muka selalu berubah mengikut keadaan.tapi kalau orang bijak pandai macam Holvate tu...masalah besar macam bom atom tu pun silap-silap hari bulan dia selesai sendiri je.tu pun kalau kita tahu dia selesai sendiri kalau kita tak tahu yang dia ada masalah macam tu dan selesaikan sendiri...sorang-sorang? uhukksss...huhu...aku pun tak tahu...

berdasarkan tajuk di atas ada jugak la kena mengena dengan novel tu.susah nak terangkan.motif novel tu...hmm...cerita dia..lebih kepada penghijrahan remaja macam aku nie.kena tukar gaya hidup yang memang dah sebati dalam diri kerana wasiat.kalau nak faham apa yang aku tulis kena baca la!bila aku baca sampai habis...hanya satu yang bergegar dalam otak aku yang agak berkarat nie...susahnya nak jadi baik! dan aku bukannya baik sangat. baik maksudnya...ikut yang Allah suruh dan tinggal yang Allah larang. maknanya...solat..puasa..pakaian...bahasa...perlakuan...aku rasa semuanya tak lengkap lagi...mesti ada jugak satu dua perkara yang susah nak buat dengan betul. contoh...solat..memang buat..tapi mungkinkah diterima? khusyuk tak solat aku?kenapa tak khusyuk?

sendiri tanya sendiri jawap.jawapannya...pertama..godaan syaitan.kalau syaitan tu tak de senang la kita dan aku la jugak!syaitan tu tak pernah tido kalau dia tido aman la kita.(petikan dari buku Asuh).kedua...maybe diri sendiri.syaitan selalu menghasut anak-anak Adam dalam apa cara sekalipun.

jadi apa perasaan aku? aku rasa...hmm..tak tau la...sendiri fikir la..simpan dalam otak...sebelum tido selepas baca doa tido..fikir-fikirkanlah...bukan senang nak jadi baik tapi tak mustahil.setapak kita mendekati-Nya bertapak-tapak Dia mendekati kita.(petikan dari buku yang aku baca). hmmm...

Wednesday, November 24, 2010

Huh!love at first sight!

giler...aku tunggu berjam-jam untuk loading.giler lambat.nasib baik mood aku baik.lepas aku balut novel 'Versus' aku aku pun bukak la...reading lorh.my hobby.hehehe.di samping penulisnya Hlovate...perrggghhh.kacau.aku suka dia.dia tulis ikut apa yang dia rasa.bukan jiwang-jiwang karat plus berlian dan intan permata macam penulis lain sampai aku rasa nak termuntah.sangat sederhana penulisannya.

tak la berat sangat stail yang dia tulis tu.santai beb!jadi...aku rasa tak rugi jatuh cinta dengan penulisan dia.huhu.tambah-tambah lagi dah lama aku menantikan saat-saat macam nie.sebuat novel yang pertama aku beli ketika umo aku sekarang nie...'Versus' karya Hlovate.

okey la...aku nak layan novel dulu.esok cerita lain pulak aku tulis.

Tuesday, November 23, 2010

Bestnya hari nie

apa yang mengembirakan sangat hari nie? hahaha. aku pergi main bowling...best...kat giant.abah aku hantar kat sana dan abah dan mama aku pergi ke destinasi dia oarang.ada hal sikit.dalam pukul 3 kami sampai giant dan parents aku datang ambik pukul 6.30 lebih kurang.aku pergi dengan angah dan adik aku yang bongsu.mula-mula kami pergi main bowling. 3 games 2 orang harganya RM19.okey la jugak kan harganya?adik aku yang bongsu tu tak main pun.duduk tengok je.kecik lagi.baru umo 5 tahun.nak angkat bola pun tak larat tambah lagi dia batuk-batuk.tapi yang lawak sangat bila jiran sebelah aku nie.lelaki.kelakar giler.hahaha.aku tak tau nak nak cerita macam mana.walaupun aku tak kenal dia orang tapi dia orang memang best.sporting dan happy go lucky!walaupun aku dan jiran sebelah tak bercakap langsung!

lepas main bowling aku dan adik-adik aku pergi main kereta pulak.aku terlupa la apa nama mainan tu.best giler.tapi kali nie aku pulak yang tengok.segan nak main sama.hahaha.lepas main kereta tu...aku ajak dia orang pergi minum.jumpa lagi dengan jiran aku kat masa main bowling tu.dia orang pun minum jugak.aku buat derk je sebab dia orang pun tak tego kan.aku memang takkan cakap dengan orang yang aku tak kenal apatah lagi bila orang tak tego aku dulu.segan!


aku masuk kedai buku.aku cari-cari la novel Hlovate.arghhhh!!!!novel aku ada beb! excited gilerrr!!!time aku tak bawak duit sendiri baru ada.last-last aku beli jugak!aku tak peduli.aku guna la duit yang abah aku bagi tu.aku beli novel tajuk 'Versus'.aku plan nak beli novel tajuk 'aA+bB' tapi aku ambik novel 'Versus' dulu.nanti aku ada peluang dan 'jodoh yang panjang' aku beli novel 'aA+bB' pulak.doakan aku boleh beli novel tu okey.aku bukannya apa...dah jatuh cinta pandang pertama kat Hlovate punya nukilan!cinta pandang pertama kan susah untuj dilupakan! betul ke? aku pun tak tahu...ahaksss...

Monday, November 22, 2010

Kenapa mesti number aku?

BB(brondband) aku buat hal lagi! aku nak update blog nie pun kena tunggu berjam-jam...aduhai...lamenya loading! spoil mood nak update.biasanya bila nak tekan keyboard je idea hilang.hampeh! macam-macam betul la.nak loading blog penulisan2u.com pun susah.(promote favourite blog lorh!). dah la cerpen baru...best pulak tu...geram!geram!geram!
(penulis selalu buat mukadimah yang panjang-panjang dan lari tajuk! sorry!)


berbalik kepada tajuk utama post nie. number?number ap? number ekor? haishhh...simpang malaikat 44...ingat aku sengkek sangat ke ha? kalau aku tak de duit aku rela jual laptop aku yang tak seberapa nie sama BB kesayanganku.(sayang jugak ye kat BB! ahakss!) mesti la.macam-macam dugaan dan cabaran untuk mendapat BB tau.


number telefon la...hahaha...kenapa number telefon aku sering menjadi kegemaran sesetengah orang? kegemaran? haah...bila orang call je...mesti dia orang akan cakap..."owh..ye ke? tak pe la..maaf ye...silap number! tut..tut..tut.." famous sangat ke number aku? hehehe...ramai orang call dan akhirnya silap number. setiap bulan mesti ada 'wrong number!'...sama la macam tengah hari tadi.tengah syok dok layan suria fm sambil basuh pinggan dan masak(rajinnya penulis!masuk lif tekan sendiri!hahaha.) tetiba number yang tidak dikenali masuk.aku pun rembat dan angkat je la.sebelum aku melakukan aktiviti harian aku tu memang dah ada number masuk dah tapi aku tak angkat...number tu pulak depannya 03,maknanya number dari KL.semasa aku basuh pinggan pulak number 013.selepas menerima ucapan 'sorry..wrong number!' number 03 pulak call.nasib baik la ayam yang tengah aku goreng tu tak hangit+hangus...hahaha...kalau tak terima la tazkirah percuma dari mama,abah aku serta adik-adik aku yang ntah apa-apa tu. 'nak sedap masak sendiri la!' ucapan tu jugak la yang adik-adik aku akan terima.

apa-apa pun sememangnya aku mushkil dengan apa yang berlaku. pernah terjadi pada suatu pagi yang best sorang pakcik nie...wrong number la jugak...dengan tak bagi salamnya..aku pantang orang call aku tak bagi salam tambah-tambah lagi lelaki tapi kalau aku tak bagi salam tak pe.hehehe.kisahnya macam nie...

lagu replay berkumandang...aku dengan mama aku ada kat dapur.nak bersarapan.aku pulak tengah layan suria fm sambil menikmati kemerduan suara halim othman dan zizi bergurau-senda.aku suka dengar suara zizi yang agak mocho dan manja+cute.(bagi aku la.korang aku tak tau.)


"hello." aku.
"kat mana?"pakcik tu.
"nak cakap dengan sapa?"
"nie sapa?"
"hmm..." aku diam.
"saya nak call makcik saya.nie kat mana?"
"nie kat ....."(......) wakil kepada tempat tinggal aku.*dirahsiakan.
"tau la.(.....) tu kat mana? kampung ke...bendang ke?"
"awk silap number la."
"macam mana pulak boleh silap number?"
aku dah nak berangin satu badan.dah la tengah lapar! banyak tanya pulak. dah aku cakap silap number tak reti-reti nak letak call?
"mana la saya tau.tapi awak memang silap number.nie number saya bukannya number kawan awak!"
"saya nak call makcik saya la bukannya kawan saya."
aku bertambah geram la dengan pakcik tu.lurus la pulak!
"tak kisah la kawan awak ke makcik awak ke.whatever! dah la call tak reti bagi salam!"aku dah mula mengungkit. sebenarnya tak sengaja.geram sangat,pakcik nie macam main-main pulak dengan aku.kalau ye pun tunggu la sampai aku habis makan.

"okey-okey.assalamualaikum."pakcik tu cakap.
"waalaikumussalam." aku jawap.panggilan putus..."tut..tut..tut..mama aku pulak buat tak dengar je.pastu baru tanya.aku pun cerita la...tak tinggal satu part pun.

pastu hp aku bunyi lagi.mesej masuk yang berbunyi...

'awk...saya mintak maaf sebab tadi.saya silap number.'
'maaf dipertimbangkan.' kataku.sebenarnya aku dah lupakan.tak ambik hati pun.
'ala...tolongla maafkan saya.' aikk? aku ingatkan dia nie diam macam tu je.rupanya ada lagi.aku pun balas la.
'ok.'
pastu...lain pulak jadinya.haishhh!
'awk nie sape name? dok mana? umo berapa? dah kawen belum? kerja ke?' pakcik tu tanya. yang boleh aku gelar dia pakcik sebab dia tu tanya aku kawen ke belum.takkan la budak muda remaja nak tanya dah kawen ke belum?ada udang sebalik mee kan? aku pun gelak guling-guling dan buat donno je kat mesej tu.alahai pakcik...kalau la dia tahu aku nie budak umo 15 tahun...ntah apa reaksi dia kan?pakcik...pakcik...


Sunday, November 21, 2010

Alahai... Celcom Brondband!

setelah berblog walking ke blog-blog yang terpilih akhirnya aku singgah ke  sebuah blog yang agak mengusik hati aku.nak tahu blog apa?maaf la...aku tak boleh nak kongsi link blog tersebut.( penulis nie kedekut larh!) hahaha. lantak aku la. hak aku okey! aku harap penulis blog tadi tu bersabar dengan dugaannya.takziah dan tahniah. tahziah kerana di timpa dugaan yang berat dan tahniah kerana menjadi insan yang dipilih oleh Illahi untuk menjadi insan yang ditimpa musibah disamping kejayaan yang ditempa oleh penulis blog tersebut dalam peperiksaan.ada hikmat di sebalik dugaan itu kan? syukur...alhamdulillah!

itu hanyalah mukadimah semata-mata...hehehe...

(oiiiittt!!! penulis...apa kaitan dengan tajuk di atas?) hahaha. sudah lari tajuk rupanya. dalam aku dok baca-baca blog tersebut aku pun dengan rajinnya pergi ke shoutbox blog tersebut dan menghantar ucapan takziah kepada pemilik blog. alahai...lembapnya! entah kenapa dua tiga menjak nie line jadi lembap sangat? haisshhh!! berangin satu badan bila slow giler brondband nie loading kalah siput berjalan. siput jalan lagi laju tau! nak kata aku tak bayar...aku bayar la beb! jadi...puaskanlah hati pengguna yang setia macam aku nie.walaupun bukan duit aku tapi duit abah aku yang bayar...tak kira la...slow tetap slow! dan kadang-kadang tu( sebenarnya selalu la jugak!hehe) bayar lewat tapi bukan sengaja....apa-apa pun...aku sekarang memang tak puas hati dengan celcom BB...

^_^ harap-harap lepas nie line laju macam biasa....amin!

Baby yang cute

fuh! letih giler hari nie. sebab aku tak tido petang. aku pergi melawat baby tadi.hihi...comel...cute miut!tapi apa yang tak bestnya waktu aku pergi melawat baby tu...dia tido! adusss...geram!geram!geram! bertambah-tambah geram lagi bila aku kacau baby nie tido tapi dia buat derk je.tak terjaga pun.lagi nyeyak tidonya adalah!aku nie pulun dok cubit-cubit pipi gebu+lembut dia tu...tapi baby tu tak jaga jugak.aku main-main dengan kaki kecik dia yang cute tu tapi tak jaga jugak!haissshhh baby...nasib baik ko cute! nama baby nie muhammad afiq...sedap tak?hehe...

si mama baby nie cakap baby dia memang tido siang dan berjaga malam. aikkk??? huhu..nasib badan...time kita tido dia berjaga. maklum la siang tido malam berjaga...macam burung hantu!hahaha...( penulis mengumpat baby yang tak tahu apa-apa pulak! ooopppsss!)

tercabar emosi bila dapat baby yang berperangai macam nie.macam mana nak tido kalau baby berjaga. baby nak jadi body guard ke? hahaha.yang tu aku tak tahu la...tak sempat nak tanya mama si baby...hihihi...



^_^ bila penulis nak cerita kenapa tak angkat call sepupu?

Saturday, November 20, 2010

Mari dengar cerita aku

excited sangat ke aku?
aku pergi beli kain untuk buat baju sekolah untuk tahun depan...(biar betol? cepatnya!).selepas dicampur tolak dengan kain meter adik aku dan aku semuanya 13 meter dan hanganya 100++.terjadilah tawar menawar antara parents aku dan tauke kedai tu.

"lu aaa...sama kawan pun mahu berkira ka? kasi RM100 aja la." parents aku.

"aiyaaa...mana boleh ooo.gua takrak dapat untung even RM5 oooo...ini lebih kurang bagus punya harga. lu bayar RM100++ aja. RM0.60 lu tak rak bayar pun tak pa".(kedekut!hahaha)

"tauke..lu aaa sudah bukak kedai sampai dua pintu ooo...masih mau berkira sama gua.tiap-tiap tahun gua datang sini mari beli kain baju sekolah.kasi potongan lorh"

" gua juga mau cari makan lorh. tak boleh gua kasi harga tu."

oleh sebab malas nak tunggu lama-lama parents aku pun bayar la.hehe.potongan harga hanyalah 60 sen.haishh...


selepas beli kain untuk buat baju sekolah....beli kasut pulak.(awal beli kasut penulis.excited terlebih nie!)
hahaha...bukan kasut sekolah okey...kasut untuk adik-adik lelaki aku yang hyper aktif! beli la kasut mahal macam mana pun mesti putus.malahan kasut yang tebal+bergetah pun boleh putus.kalau bukak kilang kasut pun boleh botak tauke kilang tu sebab memikirkan kasut macam mana lagi yang dia nak buat supaya tak putus.sampai parents aku marah dan cakap...

"nak beli kasut apa lagi kat budak-budak nie? asyik putus ja!" abah cakap.

"beli la kasut kayu ke besi ke kalau tak mau kasut tu putus!" mama balas.


abah terdiam...wawawawakakakaka....nak beli mana la kasut kayu dan besi?sapa-sapa yang boleh buat kasut kayu dan besi dialu-alukan...datanglah rumah..dapatkan saiz kasut adik-adik aku yang lasak terlebih had tu!aku pun pening dengan dia orang tu....hmmm..nasib badan...

Friday, November 19, 2010

Cuti sekolah yang membosankan?

tahun depan aku tingkatan empat.jadi aku tengah tunggu result keluar.agak-agak la tahun depan aku ambil kelas aliran apa erk? ntah la.malas nak fikir lagi. yang penting enjoy sebab aku kan dah merdeka.honeymood ok.aku plan 28.11.2010 aku nak pergi KL. tapi aku hanya merancang tapi DIA yang menetukan.plan aku hancur lalu menjadi debu-debu yang berterbangan keluar melalui tingkap bilikku.(haish penulis nie...bersastera pulak!)

keputusan mendotori oleh ketua keluarga menyekat segala angan-angan. tahu siapa? lu pikir la sendiri.haha.tapi aku memang berat hati nak pergi KL pun.tau pulak kenapa.mula beria-ria pastu...ntah la...ada apa-apa yang aku tak suka kot kalau aku pergi jugak.jadi pasrah je la.jangan melawan takdir ok.

kalau ada buku teks boleh jugak aku tengok-tengok...belek-belek...( hey penulis...baru nak teringat kat buku teks erk? dulu nak pandang buku teks pun x nak kan?) hahaha.betul..betul...betul...sekarang rindu pulak nak belajar. aku sekarang tengah plan apa rancangan cuti sekolah nie...setakat yang ada dalam kepala aku..hmm..

  • nak improve english(boleh ke?)
  • nak pergi main bowling
  • nak honeymoon puas-puas
  • nak pergi jalan-jalan
  • nak call sepupu aku...untuk cakap sorry sebab tak pernah pun angkat call dia.(nak tahu kenapa? nanti aku cerita.)
  • nak belajar buat sticker

itu aje kot.








Wednesday, November 17, 2010

Akhirnya...

tidakku sangka begini jadinya? huhu...bagi aku susah betul nak buat blog nie...berkurun-kurun aku menatap wajah pcku sampai mata aku pedih...sungguh menyeksakan...tapi apakan daya...alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan! kalaulah aku tau blog nie menyusahkan aku...mesti aku tak buat punya.cukup la hanya membaca blog-blog yang sedia ada. tapi keinginan untuk buat blog sendiri kuat...terpaksa la menurut kehendak hati...betul jugak cakap orang tua-tua...ikut hati mati! aku jugak yang susah. hati aku? ala...tuan punya otak je yang kena fikir..aku relax! apa la punya hati...tak bertimbang rasa betul! ini hati sapa? hati aku la! aku terpaksa search dulu tentang blog. fuh! pening kepala. tapi bila tengok blog orang lain cantik...aku pun nak jugak...dalam hati berkata-kata... 'macam mana dia orang letak shout box...macam mana dia orang letak music box...macam mana?' hati aku meronta-ronta nak buat jugak. aku yang susah. ada fikir? aku geram dengan diri aku dan hati aku. aku banyak ketinggalan dalam dunia IT nie. oleh kerana aku anak sulung kenalah buat sendiri semuanya. kalau aku ada abang ke kakak ke boleh la tanya...kan? hmm...