Assalamualaikum...



Tuesday, November 30, 2010

Aku geram sangat!

semalam aku tak boleh nak update blog sebab tak boleh bukak firefox! ahhh!!! geram siot! aduss...aku tunggu punya la lama... tapi habuk pun tak dak.
tu kisah semalam...aku nak cerita pasal hari ni pulak.
pagi-pagi tadi lepas bangun tido dalam pukul 8( aku solat subuh tido balik) aku dikerah untuk taruk tanah dalam pasu bunga.aku tak suka la tanam menanam ni...tak minat...tapi demi mamadaku yang tercinta...aku sanggup...huhu...adalah dalam sepuluh buah pasu aku taruk tanah...letih! kesian aku.
pastu waktu petang pulak... untuk kali kedua aku naik motor bergear...hahaha...abah aku keluar aku pun naik tocang la..bukan selalu...aku selalu naik motor skuter je...(pasola...tau motor tu?)...lambat pulak tu...aku tukar angin la pulak...
aku pergi library...dalam perjalanan tu...mak oiii...hujan turun dengan lebatnya...haisshhh..apala nasib...aku redah jugak la...dalam hati berdoa aku tak langgar orang...kes naya tu...
papa pun...aku harap la sangat BB aku tak buat hal...dan aku dah dapat tangkap sindrom-simdrom laptop aku pun mula pandai bagi masalah kat aku...kerja nak menyusahkan hidup aku..aku belai korang macam aku jaga diri aku...macam ni pulak korang balas...kejam!!! hahaha...aku cakap dengan BB dan laptop...macam tak sihat je aku nie...agak tension..sebab bulan nie result nak keluar!!!ahaksss...

Saturday, November 27, 2010

Aku tak sempat nak update blog

ahakss... aku baru je habis goreng mee. dok mengadap laptop dari tadi. best ooo. sambil -sambil tu baca cerpen kat p2u. lagi hip hop. pekes aku tak sempat nak update blog? sibuk sangat ke mengalahkan PM? aku banyak hal la. kadang-kadang tu internet buat hal. loading macam ciput.

aku tak sempat nak update blog sebab tu la. kadang-kadang bertangguh-tungguh nak update sampai tengah malam.mengantuk dan tido terus.hahaha. kejam punya mata.apa-apa pun, insyaallah aku akan cuba update blog tiap-tiap hari.

Thursday, November 25, 2010

Bila jumpa kekawan lama

terkejut habis...excited sebenarnya...tengok kawan lama online.best.bila jumpa dengan orang yang kita selalu gado-gado...rasanya macam kenangan tu sweet sangat.hmm..aku dah mula nak memutarkan kenangan lalu.huhu.giler.tak sangka.tapi kawan aku nie...hadi..dah berubah la pulak.pendiam je.bila aku tanya katanya tak de modal.dulu pun x de modal jugak nak cakap tapi cari jugak modal nak sakitkan hati aku.maklum la...sekarang nie sume orang fb je.mana ada orang layan ym.aku terasa ke?sikit-sikit.ada jugak la.aku memang tak de fb.aku malas nak buat.aku pernah buat fb untuk adik aku je.tak la best sangat.macam ms ..tagged..fs la jugak..

hmm...aku bosan jugak sorang-sorang nie.kawan aku eqmal ntah hilang mana.ym off je sentiasa.ntah-ntah dia dah remove ym aku tanpa sebab.arghh!sewel larh..orang selalu tanya aku..kenapa tak buat fb...takkan aku nak cakap sebab fb tu yahudi punya dan melalaikan?memang la tu yang sebenarnya.dan sebab yang lain sebab aku malas.aku tak suka.kenapa la tak cuba fahami aku?

memang orang sekarang gila fb.aku pun tak tau kenapa.apa yang best sangat?hmm...rasa lega pulak bila tulis apa yang aku rasa kat sini.ye la..aku bukannya ada sesiapa..maksud aku kakak atau abang...nak cerita masalah aku...aku anak sulung...ahakss..

Apabila mama aku mula mengarut

masih ingat cerita aku pergi melawat baby...hahaha.rupa-rupanya cerita tu tak habis lagi.keesokkan harinya...aku tak ingat la waktunya bila...tak pe..tak penting..yang penting isinya sahaja.mama aku cakap waktu nak aku angkat cawan dan tolong basuh...pakcik tu(tuan rumah) tengok aku pelik je.nak buat menantu pe...wakakaka.aku gelak guling-guling.apa la mama aku nie.buat lawak tak bertempat.tapi pakcik tu memang ada anak lelaki pun.form 4.waktu aku pergi rumah dia...dia tak de kat rumah.pergi test lesan motor.bila aku dah balik baru dia pun sampai.tak sempat pun nak kenal.aku dah masuk kereta.aku pun cuma diam ja...mula-mula...nak susun ayat..sampai la ayat formal aku keluar...hmm...tak mau la kakak kat anak pakcik tu...dekat sangat dengan rumah kita.(sebenarnya jauh la jugak) tapi satu daerah kan? dekat la tu...

mama aku cuma senyum...haisshh...mama nie...anakku yang tercinta masih belajar tak terfkir pun sampai nak kahwin awal-awal.PMR result pun tak keluar lagi.tak puas enjoy la.couple pun tak pernah...sebenarnya tak ingin pun...sesak la couple nie.serabut.kena jaga hati banyak pihak.tapi siapa yang nak jaga hati aku? aku jaga sendiri la.tapi hati korang aku kena jaga.banyak cantik dan mocho muka? hati masing-masing...jaga la sendiri okey!

Hmm...apa perasaan aku?

aku baru je habis novel 'Versus'...amacam?cepat tak?huh..cepat jugak la.so far so good.banyak yang aku dapat dalam novel tu.nak tau apa?baca la sendiri.tak rugi.sebab tu aku suka Hlovate!walaupun aku tak kenal dia.dia lelaki ke perempuan erk? aku pun tak tau la.tak dapat nak agak. orang yan berilmu tinggi macam dia tu ingat senang ke nak cerobah masuk dalam fikiran dia. susah beb! kalau setakat kawan-kawan sekolah tu...tengok muka pun aku dah tau dia orang nie ada masalah ke tidak.maklumla...air muka selalu berubah mengikut keadaan.tapi kalau orang bijak pandai macam Holvate tu...masalah besar macam bom atom tu pun silap-silap hari bulan dia selesai sendiri je.tu pun kalau kita tahu dia selesai sendiri kalau kita tak tahu yang dia ada masalah macam tu dan selesaikan sendiri...sorang-sorang? uhukksss...huhu...aku pun tak tahu...

berdasarkan tajuk di atas ada jugak la kena mengena dengan novel tu.susah nak terangkan.motif novel tu...hmm...cerita dia..lebih kepada penghijrahan remaja macam aku nie.kena tukar gaya hidup yang memang dah sebati dalam diri kerana wasiat.kalau nak faham apa yang aku tulis kena baca la!bila aku baca sampai habis...hanya satu yang bergegar dalam otak aku yang agak berkarat nie...susahnya nak jadi baik! dan aku bukannya baik sangat. baik maksudnya...ikut yang Allah suruh dan tinggal yang Allah larang. maknanya...solat..puasa..pakaian...bahasa...perlakuan...aku rasa semuanya tak lengkap lagi...mesti ada jugak satu dua perkara yang susah nak buat dengan betul. contoh...solat..memang buat..tapi mungkinkah diterima? khusyuk tak solat aku?kenapa tak khusyuk?

sendiri tanya sendiri jawap.jawapannya...pertama..godaan syaitan.kalau syaitan tu tak de senang la kita dan aku la jugak!syaitan tu tak pernah tido kalau dia tido aman la kita.(petikan dari buku Asuh).kedua...maybe diri sendiri.syaitan selalu menghasut anak-anak Adam dalam apa cara sekalipun.

jadi apa perasaan aku? aku rasa...hmm..tak tau la...sendiri fikir la..simpan dalam otak...sebelum tido selepas baca doa tido..fikir-fikirkanlah...bukan senang nak jadi baik tapi tak mustahil.setapak kita mendekati-Nya bertapak-tapak Dia mendekati kita.(petikan dari buku yang aku baca). hmmm...

Wednesday, November 24, 2010

Huh!love at first sight!

giler...aku tunggu berjam-jam untuk loading.giler lambat.nasib baik mood aku baik.lepas aku balut novel 'Versus' aku aku pun bukak la...reading lorh.my hobby.hehehe.di samping penulisnya Hlovate...perrggghhh.kacau.aku suka dia.dia tulis ikut apa yang dia rasa.bukan jiwang-jiwang karat plus berlian dan intan permata macam penulis lain sampai aku rasa nak termuntah.sangat sederhana penulisannya.

tak la berat sangat stail yang dia tulis tu.santai beb!jadi...aku rasa tak rugi jatuh cinta dengan penulisan dia.huhu.tambah-tambah lagi dah lama aku menantikan saat-saat macam nie.sebuat novel yang pertama aku beli ketika umo aku sekarang nie...'Versus' karya Hlovate.

okey la...aku nak layan novel dulu.esok cerita lain pulak aku tulis.

Tuesday, November 23, 2010

Bestnya hari nie

apa yang mengembirakan sangat hari nie? hahaha. aku pergi main bowling...best...kat giant.abah aku hantar kat sana dan abah dan mama aku pergi ke destinasi dia oarang.ada hal sikit.dalam pukul 3 kami sampai giant dan parents aku datang ambik pukul 6.30 lebih kurang.aku pergi dengan angah dan adik aku yang bongsu.mula-mula kami pergi main bowling. 3 games 2 orang harganya RM19.okey la jugak kan harganya?adik aku yang bongsu tu tak main pun.duduk tengok je.kecik lagi.baru umo 5 tahun.nak angkat bola pun tak larat tambah lagi dia batuk-batuk.tapi yang lawak sangat bila jiran sebelah aku nie.lelaki.kelakar giler.hahaha.aku tak tau nak nak cerita macam mana.walaupun aku tak kenal dia orang tapi dia orang memang best.sporting dan happy go lucky!walaupun aku dan jiran sebelah tak bercakap langsung!

lepas main bowling aku dan adik-adik aku pergi main kereta pulak.aku terlupa la apa nama mainan tu.best giler.tapi kali nie aku pulak yang tengok.segan nak main sama.hahaha.lepas main kereta tu...aku ajak dia orang pergi minum.jumpa lagi dengan jiran aku kat masa main bowling tu.dia orang pun minum jugak.aku buat derk je sebab dia orang pun tak tego kan.aku memang takkan cakap dengan orang yang aku tak kenal apatah lagi bila orang tak tego aku dulu.segan!


aku masuk kedai buku.aku cari-cari la novel Hlovate.arghhhh!!!!novel aku ada beb! excited gilerrr!!!time aku tak bawak duit sendiri baru ada.last-last aku beli jugak!aku tak peduli.aku guna la duit yang abah aku bagi tu.aku beli novel tajuk 'Versus'.aku plan nak beli novel tajuk 'aA+bB' tapi aku ambik novel 'Versus' dulu.nanti aku ada peluang dan 'jodoh yang panjang' aku beli novel 'aA+bB' pulak.doakan aku boleh beli novel tu okey.aku bukannya apa...dah jatuh cinta pandang pertama kat Hlovate punya nukilan!cinta pandang pertama kan susah untuj dilupakan! betul ke? aku pun tak tahu...ahaksss...

Monday, November 22, 2010

Kenapa mesti number aku?

BB(brondband) aku buat hal lagi! aku nak update blog nie pun kena tunggu berjam-jam...aduhai...lamenya loading! spoil mood nak update.biasanya bila nak tekan keyboard je idea hilang.hampeh! macam-macam betul la.nak loading blog penulisan2u.com pun susah.(promote favourite blog lorh!). dah la cerpen baru...best pulak tu...geram!geram!geram!
(penulis selalu buat mukadimah yang panjang-panjang dan lari tajuk! sorry!)


berbalik kepada tajuk utama post nie. number?number ap? number ekor? haishhh...simpang malaikat 44...ingat aku sengkek sangat ke ha? kalau aku tak de duit aku rela jual laptop aku yang tak seberapa nie sama BB kesayanganku.(sayang jugak ye kat BB! ahakss!) mesti la.macam-macam dugaan dan cabaran untuk mendapat BB tau.


number telefon la...hahaha...kenapa number telefon aku sering menjadi kegemaran sesetengah orang? kegemaran? haah...bila orang call je...mesti dia orang akan cakap..."owh..ye ke? tak pe la..maaf ye...silap number! tut..tut..tut.." famous sangat ke number aku? hehehe...ramai orang call dan akhirnya silap number. setiap bulan mesti ada 'wrong number!'...sama la macam tengah hari tadi.tengah syok dok layan suria fm sambil basuh pinggan dan masak(rajinnya penulis!masuk lif tekan sendiri!hahaha.) tetiba number yang tidak dikenali masuk.aku pun rembat dan angkat je la.sebelum aku melakukan aktiviti harian aku tu memang dah ada number masuk dah tapi aku tak angkat...number tu pulak depannya 03,maknanya number dari KL.semasa aku basuh pinggan pulak number 013.selepas menerima ucapan 'sorry..wrong number!' number 03 pulak call.nasib baik la ayam yang tengah aku goreng tu tak hangit+hangus...hahaha...kalau tak terima la tazkirah percuma dari mama,abah aku serta adik-adik aku yang ntah apa-apa tu. 'nak sedap masak sendiri la!' ucapan tu jugak la yang adik-adik aku akan terima.

apa-apa pun sememangnya aku mushkil dengan apa yang berlaku. pernah terjadi pada suatu pagi yang best sorang pakcik nie...wrong number la jugak...dengan tak bagi salamnya..aku pantang orang call aku tak bagi salam tambah-tambah lagi lelaki tapi kalau aku tak bagi salam tak pe.hehehe.kisahnya macam nie...

lagu replay berkumandang...aku dengan mama aku ada kat dapur.nak bersarapan.aku pulak tengah layan suria fm sambil menikmati kemerduan suara halim othman dan zizi bergurau-senda.aku suka dengar suara zizi yang agak mocho dan manja+cute.(bagi aku la.korang aku tak tau.)


"hello." aku.
"kat mana?"pakcik tu.
"nak cakap dengan sapa?"
"nie sapa?"
"hmm..." aku diam.
"saya nak call makcik saya.nie kat mana?"
"nie kat ....."(......) wakil kepada tempat tinggal aku.*dirahsiakan.
"tau la.(.....) tu kat mana? kampung ke...bendang ke?"
"awk silap number la."
"macam mana pulak boleh silap number?"
aku dah nak berangin satu badan.dah la tengah lapar! banyak tanya pulak. dah aku cakap silap number tak reti-reti nak letak call?
"mana la saya tau.tapi awak memang silap number.nie number saya bukannya number kawan awak!"
"saya nak call makcik saya la bukannya kawan saya."
aku bertambah geram la dengan pakcik tu.lurus la pulak!
"tak kisah la kawan awak ke makcik awak ke.whatever! dah la call tak reti bagi salam!"aku dah mula mengungkit. sebenarnya tak sengaja.geram sangat,pakcik nie macam main-main pulak dengan aku.kalau ye pun tunggu la sampai aku habis makan.

"okey-okey.assalamualaikum."pakcik tu cakap.
"waalaikumussalam." aku jawap.panggilan putus..."tut..tut..tut..mama aku pulak buat tak dengar je.pastu baru tanya.aku pun cerita la...tak tinggal satu part pun.

pastu hp aku bunyi lagi.mesej masuk yang berbunyi...

'awk...saya mintak maaf sebab tadi.saya silap number.'
'maaf dipertimbangkan.' kataku.sebenarnya aku dah lupakan.tak ambik hati pun.
'ala...tolongla maafkan saya.' aikk? aku ingatkan dia nie diam macam tu je.rupanya ada lagi.aku pun balas la.
'ok.'
pastu...lain pulak jadinya.haishhh!
'awk nie sape name? dok mana? umo berapa? dah kawen belum? kerja ke?' pakcik tu tanya. yang boleh aku gelar dia pakcik sebab dia tu tanya aku kawen ke belum.takkan la budak muda remaja nak tanya dah kawen ke belum?ada udang sebalik mee kan? aku pun gelak guling-guling dan buat donno je kat mesej tu.alahai pakcik...kalau la dia tahu aku nie budak umo 15 tahun...ntah apa reaksi dia kan?pakcik...pakcik...


Sunday, November 21, 2010

Alahai... Celcom Brondband!

setelah berblog walking ke blog-blog yang terpilih akhirnya aku singgah ke  sebuah blog yang agak mengusik hati aku.nak tahu blog apa?maaf la...aku tak boleh nak kongsi link blog tersebut.( penulis nie kedekut larh!) hahaha. lantak aku la. hak aku okey! aku harap penulis blog tadi tu bersabar dengan dugaannya.takziah dan tahniah. tahziah kerana di timpa dugaan yang berat dan tahniah kerana menjadi insan yang dipilih oleh Illahi untuk menjadi insan yang ditimpa musibah disamping kejayaan yang ditempa oleh penulis blog tersebut dalam peperiksaan.ada hikmat di sebalik dugaan itu kan? syukur...alhamdulillah!

itu hanyalah mukadimah semata-mata...hehehe...

(oiiiittt!!! penulis...apa kaitan dengan tajuk di atas?) hahaha. sudah lari tajuk rupanya. dalam aku dok baca-baca blog tersebut aku pun dengan rajinnya pergi ke shoutbox blog tersebut dan menghantar ucapan takziah kepada pemilik blog. alahai...lembapnya! entah kenapa dua tiga menjak nie line jadi lembap sangat? haisshhh!! berangin satu badan bila slow giler brondband nie loading kalah siput berjalan. siput jalan lagi laju tau! nak kata aku tak bayar...aku bayar la beb! jadi...puaskanlah hati pengguna yang setia macam aku nie.walaupun bukan duit aku tapi duit abah aku yang bayar...tak kira la...slow tetap slow! dan kadang-kadang tu( sebenarnya selalu la jugak!hehe) bayar lewat tapi bukan sengaja....apa-apa pun...aku sekarang memang tak puas hati dengan celcom BB...

^_^ harap-harap lepas nie line laju macam biasa....amin!

Baby yang cute

fuh! letih giler hari nie. sebab aku tak tido petang. aku pergi melawat baby tadi.hihi...comel...cute miut!tapi apa yang tak bestnya waktu aku pergi melawat baby tu...dia tido! adusss...geram!geram!geram! bertambah-tambah geram lagi bila aku kacau baby nie tido tapi dia buat derk je.tak terjaga pun.lagi nyeyak tidonya adalah!aku nie pulun dok cubit-cubit pipi gebu+lembut dia tu...tapi baby tu tak jaga jugak.aku main-main dengan kaki kecik dia yang cute tu tapi tak jaga jugak!haissshhh baby...nasib baik ko cute! nama baby nie muhammad afiq...sedap tak?hehe...

si mama baby nie cakap baby dia memang tido siang dan berjaga malam. aikkk??? huhu..nasib badan...time kita tido dia berjaga. maklum la siang tido malam berjaga...macam burung hantu!hahaha...( penulis mengumpat baby yang tak tahu apa-apa pulak! ooopppsss!)

tercabar emosi bila dapat baby yang berperangai macam nie.macam mana nak tido kalau baby berjaga. baby nak jadi body guard ke? hahaha.yang tu aku tak tahu la...tak sempat nak tanya mama si baby...hihihi...



^_^ bila penulis nak cerita kenapa tak angkat call sepupu?

Saturday, November 20, 2010

Mari dengar cerita aku

excited sangat ke aku?
aku pergi beli kain untuk buat baju sekolah untuk tahun depan...(biar betol? cepatnya!).selepas dicampur tolak dengan kain meter adik aku dan aku semuanya 13 meter dan hanganya 100++.terjadilah tawar menawar antara parents aku dan tauke kedai tu.

"lu aaa...sama kawan pun mahu berkira ka? kasi RM100 aja la." parents aku.

"aiyaaa...mana boleh ooo.gua takrak dapat untung even RM5 oooo...ini lebih kurang bagus punya harga. lu bayar RM100++ aja. RM0.60 lu tak rak bayar pun tak pa".(kedekut!hahaha)

"tauke..lu aaa sudah bukak kedai sampai dua pintu ooo...masih mau berkira sama gua.tiap-tiap tahun gua datang sini mari beli kain baju sekolah.kasi potongan lorh"

" gua juga mau cari makan lorh. tak boleh gua kasi harga tu."

oleh sebab malas nak tunggu lama-lama parents aku pun bayar la.hehe.potongan harga hanyalah 60 sen.haishh...


selepas beli kain untuk buat baju sekolah....beli kasut pulak.(awal beli kasut penulis.excited terlebih nie!)
hahaha...bukan kasut sekolah okey...kasut untuk adik-adik lelaki aku yang hyper aktif! beli la kasut mahal macam mana pun mesti putus.malahan kasut yang tebal+bergetah pun boleh putus.kalau bukak kilang kasut pun boleh botak tauke kilang tu sebab memikirkan kasut macam mana lagi yang dia nak buat supaya tak putus.sampai parents aku marah dan cakap...

"nak beli kasut apa lagi kat budak-budak nie? asyik putus ja!" abah cakap.

"beli la kasut kayu ke besi ke kalau tak mau kasut tu putus!" mama balas.


abah terdiam...wawawawakakakaka....nak beli mana la kasut kayu dan besi?sapa-sapa yang boleh buat kasut kayu dan besi dialu-alukan...datanglah rumah..dapatkan saiz kasut adik-adik aku yang lasak terlebih had tu!aku pun pening dengan dia orang tu....hmmm..nasib badan...

Friday, November 19, 2010

Cuti sekolah yang membosankan?

tahun depan aku tingkatan empat.jadi aku tengah tunggu result keluar.agak-agak la tahun depan aku ambil kelas aliran apa erk? ntah la.malas nak fikir lagi. yang penting enjoy sebab aku kan dah merdeka.honeymood ok.aku plan 28.11.2010 aku nak pergi KL. tapi aku hanya merancang tapi DIA yang menetukan.plan aku hancur lalu menjadi debu-debu yang berterbangan keluar melalui tingkap bilikku.(haish penulis nie...bersastera pulak!)

keputusan mendotori oleh ketua keluarga menyekat segala angan-angan. tahu siapa? lu pikir la sendiri.haha.tapi aku memang berat hati nak pergi KL pun.tau pulak kenapa.mula beria-ria pastu...ntah la...ada apa-apa yang aku tak suka kot kalau aku pergi jugak.jadi pasrah je la.jangan melawan takdir ok.

kalau ada buku teks boleh jugak aku tengok-tengok...belek-belek...( hey penulis...baru nak teringat kat buku teks erk? dulu nak pandang buku teks pun x nak kan?) hahaha.betul..betul...betul...sekarang rindu pulak nak belajar. aku sekarang tengah plan apa rancangan cuti sekolah nie...setakat yang ada dalam kepala aku..hmm..

  • nak improve english(boleh ke?)
  • nak pergi main bowling
  • nak honeymoon puas-puas
  • nak pergi jalan-jalan
  • nak call sepupu aku...untuk cakap sorry sebab tak pernah pun angkat call dia.(nak tahu kenapa? nanti aku cerita.)
  • nak belajar buat sticker

itu aje kot.








Wednesday, November 17, 2010

Akhirnya...

tidakku sangka begini jadinya? huhu...bagi aku susah betul nak buat blog nie...berkurun-kurun aku menatap wajah pcku sampai mata aku pedih...sungguh menyeksakan...tapi apakan daya...alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan! kalaulah aku tau blog nie menyusahkan aku...mesti aku tak buat punya.cukup la hanya membaca blog-blog yang sedia ada. tapi keinginan untuk buat blog sendiri kuat...terpaksa la menurut kehendak hati...betul jugak cakap orang tua-tua...ikut hati mati! aku jugak yang susah. hati aku? ala...tuan punya otak je yang kena fikir..aku relax! apa la punya hati...tak bertimbang rasa betul! ini hati sapa? hati aku la! aku terpaksa search dulu tentang blog. fuh! pening kepala. tapi bila tengok blog orang lain cantik...aku pun nak jugak...dalam hati berkata-kata... 'macam mana dia orang letak shout box...macam mana dia orang letak music box...macam mana?' hati aku meronta-ronta nak buat jugak. aku yang susah. ada fikir? aku geram dengan diri aku dan hati aku. aku banyak ketinggalan dalam dunia IT nie. oleh kerana aku anak sulung kenalah buat sendiri semuanya. kalau aku ada abang ke kakak ke boleh la tanya...kan? hmm...