Assalamualaikum...



Monday, January 31, 2011

Aku juga manusia

aku adalah aku. mana boleh jadi orang lain. aku insan biasa. ada hati. ada perasaan. aku faham bukan semua orang faham kita. aku tahu aku pun susah jugak nak faham sesetengah orang. never mind. aku tak mintak lebih. tapi cuma satu. hanragilah persahabatan ini. kalau aku tak tahan, aku tak tunggu lama. aku tak suka seksa diri sendiri. aku sayang diri aku. aku sayang family aku. aku sayang kawan-kawan aku. kalau aku blah, susah aku nak pusing balik. kalau tak suka susah aku nak cakap. kalau aku benci nak pandang muka pun aku dah tak lalu. kenapa setelah 4 tahun berkawan baru nak buat hal? aku sayang friendship nie. kenapa pulak nak control aku? nak lepas marah kat aku? nak dengki kat aku? aku bukannya penyabar sangat. aku diam sebab tak nak gaduh. maybe lu anggap aku diam sebab setuju or bla...bla..bla. jangan nak jadi queen control. semua benda kena ikut kepala lu. kepala aku sape nak ikut? aku tak nak buat benda yang tak pernah aku buat. aku tak suka nak gaduh dengan kawan sendiri. aku cakap elok elok lu marah marah dengan aku. ikut suka lu je. kalau nak mintak tolong aku elok je lu cakap. lepas tu lu marah marah pulak dengan aku. lu tanya aku jawap elok elok. pas tu ikut suka lu je marah marah perli perli aku macam aku nie bola jaring, bola sepak dan bla..bla..bla...
bukannya aku tak sedar lu memang tak boleh tengok aku lebih dari lu. semua benda yang aku lebih sikit dari lu, lu sentap. lu buat perangai macam tak boleh blah! kalau lu lebih dari aku, aku ok je. aku usaha untuk capai ketusan macam lu. aku ingat lagi hari kita ambil keputusan PMR. lu ambil dulu keputusan. lu dapat 6A. aku happy giler banggang lu dapat result macam tu. aku rasa macam aku punya result pulak. padahal aku punya result pun tak tau lagi. aku ambil last sekali sebab aku beratur kat belakang. aku happy tengok result lu, tengok senyuman lu. happy! tiba giliran aku aku dapat lebih satu dari lu. senyuman lu mati! aku perasan tu. aku buat donno. aku senyum happy kat lu. lu taruk senyuman plastik. aku tak ambil hati. aku call my mama gtau result aku. lu jeles dengan aku. tak de lagi senyuman tadi. lu tak gembira untuk aku. aku tahu. tapi aku tak tau nak cakap...nak tulis macam mana.
macam tu ke kawan? sejak 2011, aku makin tak tahan dengan sikap lu. lu tak boleh nak beralah dengan sape-sape lagi.
aku sayang lu. aku sayang friendship nie. tapi lu...
aku tak mintak lebih...
selagi aku boleh sabar, aku sabar...
tapi kalau sebaliknya...
hanya DIA yang tahu apa yang akan terjadi di masa depan...

Sunday, January 30, 2011

Masih begini

aku bertambah sibuk apabila cuti tahun baru cina. ye la kan banyak homework yang kena buat. aku kan masih warga sekolah. ehh...silap! budak sekolah menengah. bertambah sibuk apabila menjadi pelajar aliran sains tulen nie kan? hmm...tak sangka pulak.dah banyak hari aku tak update blog nie. bukannya tak nak tapi sibuk la sangat. tadi aku sempat berblog walking kat blog jejaka terhangat aka jejaka terhingit. mak aihh! entry dia dah mencecah 50 dalam satu bulan.caya la!sesekali aku terfikir...dia nie tak sibuk ke? dan tadi terlintas kat fikiran aku macam mana rupanya encik jejaka terhangat yang penuh dengan nasihat nasihat yang berguna la jugak. bagi aku la kan. bagi orang lain. lantak la.

aku cerita dengan diri aku. aku fikir aku nak ubah blog aku dari privasi kepada biasa balik. niat aku bukannya nak tarik follower sebab aku tahu bukannya ada orang pun nak follow blog buruk aku nie. lagipun kawan kawan aku tak tahu yang aku ada blog. senyap senyap je tulis blog nie. hanya untuk meluah perasaan dengan menaip. aku bukannya petah untuk berkata kata kalau bab meluahkan perasaan nie. cara terbaik menulis.kawan aku,Fauzi. apa yang aku boleh rumuskan tentang diri dia.hmm...dia serius sangat la.adusss.tapi kadang-kadang tu aku loyar buruk buat tak tau je. tak larat nak serius 24 jam. dan sebenarnya aku agak kekoh untuk berkomunikasi dengan dia sebab maybe la dia tu jarang bergaul dengan perempuan dan aku pulak main aci redah je. seriusnya tak tau nak cakap macam mana. kadang-kadang tu sampai tak de perkara yang nak di cakapkan. malam nie tak de lak maybe dia sibuk dan aku jugak sibuk. tak de la nak mesej mesej. aku pulak jenis malas jugak nak mesej. sebab bukannya hp tu kawan kamceng aku macam sesetengah orang yang asyik berdamping dengan hp je. haish...aku tujukan kepada siapa nie? hehe...mana ada sape sape. aku sorang je kan kat sini.apa cerita dengan pakcik jepun? hmm...in the relationship. tahniah! aku dapat tahu daripada FB adik aku la. aku bukannya layan sangat FB nie. dan agak terkilan kerana dia tak share papepun dengan aku. tak pe la. chill beb! patut la jarang dia online. hmm...

Tuesday, January 25, 2011

Syafiq

syafiq...kawan aku...budak sofbol macam aku jugak. tapi bukan satu kelas dengan aku. umo dia 15 tahun. kiranya muda setahun dari aku la.suka sangat senyum. macam hari tu dia senyum kat aku bila aku balas balik senyum kat dia...tutup muka dengan buku pulaks...haish..malu pulak...
tu kisah sejarah..kisah hari nie..
oleh sebab aku nie dah form 4 so tak de la pra pmr or spm.kami diberi kelas. tak payah la nak jalan-jalan cari kelas cari cikgu. cikgu pulak datang kelas. duduk kat kelas form 6 atas. ehem..ehem..hehehe...sedang-sedang tunggu si nashrul farhan tu cari kunci nak bukak kelas. aku dan budak-budak kelas aku bertenggek la kat koridor luar. aku pulak ambik angin pagi la. tengak dok seronok cuci mata terpandang syafiq yang kat bawah tu. dia senyum kat aku macam biasa la. aku senyum la balik kat dia. dan yang paling tak sangka dia buat simbol...' I see u too.' macam hampeh sengih lak tu...haish...syafiq..syafiq..
dia memang la satu kepala dengan aku..

*_* sibuk tahap dewa

Thursday, January 20, 2011

Maafkanku mengabaikanmu...

amacam tajuk entri? hehehe. mengabaikan blog dan kini aku kembali untuk membersihkan sawang-sawang dan habuk-habuk yang mencemari blog aku nie. bukannya aku tak nak update blog tapi aku tak sempat sangat-sangat. laptop dan bb hanya boleh dipandang dengan rasa simpati. andaikan kata aku menyentuh laptop dan bb maknanya makin bertangguh la homework-homework aku yang bertimbun. bukan senag masuk kelas sains tulen nie. banyak benda kena belajar. tapi kerana minat punya pasal...lautan api sanggup kurenangi. hahaha. oleh kerana aku ada masa yang terluang hari nie. aku pun berblog walking la. banyak benda yang best yang tak dapat kubaca sampai habis. novel hasil nukilan Hlovate sebanyak 2 buah yang bertajuk tunas dan pelangi aku tak baca lagi. bila aku buka je almari. rasa macam nak ambik baca tapi bila pandang meja belajar, tak jadi. plastik novel tu pun aku tak buka lagi. tak pe la.janji aku dah beli novel tu.

aku ada kawan baru, namanya Fauzi. aku cerita dah kan? dia nie baik la. macam aku tak layak pulak nak kawan dengan dia nie.warak tu la perkataan yang paling sesuai. aku dan dia cuma mesej petang dalam pukul 6.15-7.30 dan 10 sampai 10.30. masa lain tak mesej lagi. pukul 10 malam mesej sebab time tu dia rest dari study. dia pandai. PMR dapat 7A1B. tapi dia ambil kelas sains pertanian sebab minat aliran tu. setahu aku dia nie pemalu. jarang cakap dengan perempuan. tu la yang dia gtau kat aku. setakat mana kebenarannya hanya Allah yang tahu.

Friday, January 14, 2011

Apa la aku nie...

aku lupa bawak buku penulisan. pas tu kena tarik telinga dengan cikgu solahah! hahaha. padan muka aku. tek pernah dibuat selama 3 tahun. apa la aku nie. karangan dia tajuk kepentingan bersukan. bukannya susah pun. dalam paper pun berlambak. aku je yang lost memory untuk seketika....haishhh..apa la nak jadi..
aku sekarang jarang berhubung dengan pakcik ezze. sebab dia sebuk. aku pun sibuk. sama-sama sibuk.tadi aku msj dia kat skype...dia baru je balik. haishhh...lewat malam baru balik. kerja apa yang banyak sangat tu. sekarang aku tengah tunggu pakcik tu bersiram sikit punya lama. mengalahkan perempuan...
aku jugak ada sorang kawan baru namanya Fauzi. serius orangnya. jenuh aku nak berkomunikasi dengan dia dalam cara serius jugak. aku kan gila-gila, loyar buruk dan seangkatan dengannya. tak main la serius serius nie...macam budak blur je...hahaha...sekarang dalam proses nak ajar dia loyar buruk dan lawak dan gila-gila...tak la hidup tanpa ketawa...apa da...sewel je macam tu...chill beb...gila-gila sikit..rock..baru best..walaupun kita tension bagai nak gila...tap pe tak pe...masuk la geng aku..gerenti tension hilang penyakit gila-gila pulak yang datang..hahaha..promote group pulaks...
hahaha...

Monday, January 10, 2011

Update!

setelah sehari tak update blog sebab terlalu sibuk dengan homeweork! hehehe. sekarang aku dah form 4. so kena la bersemangat dan berwawasan lagi. aku dah habiskan nota sejarah sampai bab 2. padahal cikgu jamilah tu tak mintak pun. cara cikgu tu ajar pulak haisshhhh......boring+mengantuk....hehehe...
budak kelas aku sains 1...7 orang lelaki, yang lain perempuan. kaum lelaki kian pupus. hahaha.
aku ketandusan idea pulak nak tulis apa. kerana semua idea aku dicurahkan kepada subjek bahasa melayu. buku panjang banyak diguna tahun nie. kena pulak beli buku tambah. haishhh...buku BM saja 6 buah. tak termasuk buku lain lagi...

Sunday, January 9, 2011

Letih....

aku belajar biologi tadi. best tapi ngantuk. kelas aku cuma 30 orang je. 2 orang lagi maybe pergi teknik. aku pun tak tau la...letih betul..tulis pun tak bermaya lagi...ok la...

see again....

Saturday, January 8, 2011

Aku terlampau sibuk

sibuk sangat. atku tak boleh nak tulis banyak banyak. nak kena bersiap untuk pergi sekolah. aku curi waktu pagi nie sikit sambil buat nota sampai bab 2. nota sejarah beb!
laptop dah ok. bayarannya RM300. wow! mahalnya. hari nie nak tekan duit bayar balik kat abah. huhuhu. 
jarang dah boleh update. nanti aku update lagi....
sayang blog....rindu blog....

Thursday, January 6, 2011

Arghh!!!

macam tak caye je..huhu..kelas 4 sc 1 kena buat nota sejarah sampai bab 2...nanti cikgu nak tengok..mak aihh..kalau sampai bab 1 dulu aku tahan...ok la tu..tapi langkau ke bab 2..ish!hmm..bayangkan..70 muka surat kena baca then buat nota..bukan sikit..sabarlah wahai hati..aku tak kenal pun cikgu jamilah tu..haha..kelas dia hari isnin minggu depan..jadi aku mesti buat nota dia sampai habis sebelum hari ahad..lepas nie homework lain pulak yang akan bertandang..no honeymoon lagi..nekad nie!hehe..masih hp...

Wednesday, January 5, 2011

Aku happy!

abah aku dah hantar laptop kat kedai dan aku berjaya masuk ke kelas sains tulen..yahooo!kelas tu jugak diconquer oleh budak kelas 3 Bijak..bangga tak terkira..hehe..tadi ambil buku teks..mula belajar minggu depan..8 orang lelaki dan 20 perempuan..wawakaka..memang sikit sangat sebab ada yang berpindah ke sekolah lain..semua geng aku satu kelas..cuma azura saja yang sesat ke kelas sains 2..huhu..sedih..tadi aku jugak yang nangis sebab tak boleh masuk ke aku tapi diorang dapat kelas azura..minta tukar..hmm

Tuesday, January 4, 2011

Aku sedih sangat!

hmm..laptop aku tak boleh guna sebab kena virus pendrive syuhada..kena hantar kedai..tak tau la abah nak hantar ke tak..nie aku update blog guna hp..sedih..sebak..aku rela tak de hp daripada tak de hp..sakit woo aku berusaha untuk mendapat laptop..macam cara aku buat..last..macam nie jadinya..huhu..syu punya laptop selamat..aku jugak jadi mangsa..tak campur kena marah dengan abah lagi..nad guna pendrive syu kat cc..macam nie la jadinya..sekarang..apa aku nak buat..hari nie boleh lagi update..esok?hmm..

Monday, January 3, 2011

Orientasi! boring!

tup..tup..pergi sekolah mendengar syarahan daripada pengetua dulu. sejam lebih pulak tu. sampai sakit pinggang. dah la duduk berhimpit-himpit. yela kan dewan basah. lepas syrahan daripada pengetua budak budak lain boleh la masuk kelas masing-masing. aku yang tinkatan 4 nie kena tunggu kat dewan. dengar lagi apa yang cikgu cakap. pasal subjek la...bla..bla...serius...memang bosan giler. orientasi 3 hari macam 3 minggu. boringnyaaaa....aku tak suka orientasi. macam budak budak pun ada. hehehe. bukan aku nie budak ke? underage.hahahaha....ye la kan...apa la...
hmm...tak sangka aku irsyad pindah sekolah aku tu. haishhh...kenapa dia pindah pulak datang sekolah aku? haishhh. dengar kata kawan aku dari sumber yang boleh di percayai, dia couple dengan atikah fisyah. ooo...patut la dia pindah. rupanya nak tengok dia. whatever la...hidayah pun pindah jugak. sebabnya dia tak boleh dok asrama. dia sekolah smk jelutong. tak sampai target...
tak pe la. sekolah mana pun sama jugak. yang penting hati...kan? kan? kan?

Sunday, January 2, 2011

Esok sekolah!

baru hari nie aku boleh berblogging menggunakan website. kalau tak hp la jawapnya. haish. selepas 2 hari menggunakan hp hari la hari yang amat beruntung. ingat seronok sangat ke tulis blog guna hp? dah la words dia terhad. hanya 512 patah perkataan je tau. kedekut!!! hahaha.
siang tadi aku berblog walking di blog nasrul faiz, jejaka terhangat dan sembang kosong. perang mulut antara JT dan shah tak selesai-selesai lagi. bilalah dia orang nak berdamai kan? dua-dua blog yang popular dan blog yang aku suka. aku tak menyebelahi mana-mana pihak. sebab dua-dua blog aku suka. blog sembang kosong blog yang lawak dan berplagiat dan jejaka terhangat konsepnya bercabang-cabang. haishhh....tak tau nak cakap apa. bak kata artis-artis...'no komen'. hahaha
blog faiz...hmmm...esok tak dapat la nak jumpa muka dia lagi sebab dia dah pindah teknik seberang prai. kat blog dia pun macam sedih-sedih. kat situ pun ada jugak tulis azam dia tahun nie. nak jadi yang terbaik. macam azam aku la. dia nak belajar bersungguh-sungguh tak nak main-main sangat. macam azam aku jugak tapi lain sikit. aku nak belajar sungguh-sungguh dan nak main sungguh-sungguh. hehehe. serius okey. papepun good luck!aku rasa satu penghijrahan yang baik. dia sanggup tinggal segala-galanya termasuklah hp, internet,blog,awek.rumah.motor,games, dan lain-lain. sekolah lama dan kawan-kawan. dia berani, tak macam aku, sayang nak tinggal segala-segalanya. hahaha.
esok sekolah. haishhh...rasa macam cuti nie kejap sangat-sangat. tak puas. walaupun lepas je bulan 9 aku merdeka.hahaha.bad news. baju sekolah aku teruk. kedutan dia tak hilang bila di seterika. waaaa!!! aku rasa macam nak baling je baju tu. ataupun lebih tepat aku nak bawak baju tu tunjuk kat tauke kedai dan suruh dia buat lain baju aku sekarang jugak! arghhh!!! menambahkan mood tak nak pergi sekolah. 
mama aku cakap..' tak payah pergi sekolah, ada orang masuk meminang lepas je terus!' fuhhh...kejam. tak nak la kahwin awal-awal. aku masih muda. tak puas lagi hidup muda, bujang dan enjoy. tak nak terikat dengan tanggungjawap yang tidak sepatutnya.
papepun, aku harap tahun nie lebih baik daripada tahun lepas. dan aku harap muka-muka tahun baru lebih segar daripada tahun lepas. apa maksud aku nie?
budak-budak baru, selamat datang ke sekolah aku. ingat...nie sekolah baru korang, sekolah aku. so, jangan nak buat otai, ranggi tak tentu hala. hahahaha. gengsternya aku. 

Saturday, January 1, 2011

Sambungan...

kawan dia..tak sangka aku cikgu aku..haha..kecut jugak..macam nak lari je..malu lorh..hehe..ramai jugak..cikgu ishak..baha..zaini..azmi..cikgu baha senyum je kat aku..kenal aku la tu..balik dari rumah kenduri letih ternganga aku..bayangkan la dari pagi sampai petang aku terpacak kat situ..lupa nak bagi tau..tu kenduri kahwin kak siti hajar..aku panggil kat dia kak ti..cantik pelamin dia..tadi dia pakai baju warna merun..sesuai la dengan dia yang putih tu..aku pun posing gak kat bilik pengantin..hehe..

Sekali lagi

huh..sekali lagi aku update blog guna hp..dah dua hari berturut turut..geram tak terhingga menyampah tak terkata..kisah hari nie..ada kenduri kat rumah paklang aku..jadi ak pun pergi la..tak sangka lain yang dirancang lain yang jadi..aku plan nak balik awal sebab datang awal..tapi aku kena jadi penyambut tetamu lorh!waaa!macam tak percaya je..abah aku terkejut..mana taknya aku kan jarang pergi kenduri..tetiba jadi penyambut tetamu plak..haish..tu satu hal..oleh sebab paklang aku tu cikgu dia jemput la kawan