Assalamualaikum...



Thursday, June 23, 2011

Entah la...

dah lima hari lebih kurang hubungan aku dan syuhuda dingin. dia tinggalkan aku sorang-sorang dan rapat dengan azimah. aku tetap sabar. tapi sabar aku ada limit. aku memang terasa bila aku rasa aku tak di perlukan. naik satu stage. 'aku juga ada maruah. aku ada ego. aku boleh hidup sorang sorang la!' aku boleh buat apa yang dia boleh buat. lantak la. ingat dia sape sangat. aku tau dia lagi pandai dari aku. aku nie slow sikit dari dia. tapi layakkah dia layan aku macam tu? biarlah. tapi ingat. aku pun boleh buat macam tu. dia tak nak kawan aku aku pn boleh. aku boleh kawan dengan orang lain. nadhirah, fairuz, hanis. dia nak kawan sangat dengan azimah aku tak kisah la de...tapi dia lupa kawan. bukan aku sorang tapi semua. bisik bisik depan kita orang. patut ke? kalau ye tak nak bagi tau jangan cakap depan kita orang. aku tersentuh sangat bila nadhirah tanya apa yang diorang cakap. tapi dia orang tetap tak bagi tau. siap gelak gelak lagi. fairuz dan hanis muka dah lain. air muka dah berubah. sebelum nie semua benda boleh share. tapi sekarang? aku memang sakit hati, makan hati dan tawar hati!

malam tadi pukul 12.02 along hantar mesej tapi aku tak reply sebab aku dah tido. kenapa mesti pukul 12? sebab dia sunyi? sebab dia boring? kenapa tak awal awal dia mesej. bagi aku kalau tak penting aku takkan balas. sudah lah. cukuplah. ku kirimkan doaku dari jauh untukmu.

Wednesday, June 22, 2011

Sekali lagi

biarlah ini jadi yang terakhir. hatiku terasa remuk untuk sekian kalinya. tanpa terduga. berketar tubuh menahan getar, kenapa aku mesti merasakan ini semua. hati hati yang merasa. hanya jiwa yang mengerti. akal fikiran kian menyepi. pertanyaan dari diri dipandang sepi. sekian kalinya. aku terjatuh sesudah terus berlari dari realiti. aku menipu hati sendiri. aku juga terseksa. tapi bukan sengaja untukku melakukannya kerana aku lebih tahu apa yang terjadi antara aku dan dia. siapa dia dan siapa aku. kerana hati sendiri melonjak lonjak ingin mengambil tahu perkembangan dirinya akhirnya aku sendiri yang tenggelam dalam perasaan yang tak terduga. sabarlah hati. sesungguhnya perasaan ini telah pergi dahulu. dan aku fikir ia tidak akan datang kembali. ternyata aku silap percaturan. betullah. perasaan tidak dapat ditegah. ia datang tanpa dipinta. kadang kadang aku sendiri tidak mengerti. hatiku tersentuh. terasa. itulah yang sebenarnya. terkilan rasa hati apabila aku lihat di fbnya. aku beranggap dia sibuk untuk sambung belajar. tapi...kini punah. memori lama kembali. berulang. jalan cerita sedikit berbeza tapi maksudnya tetap sama. adzhim...along atau aqip. tetap sama walaupun orang yang berbeza. aku leka kerana membiarkan dirinya masuk ke dalam hidupku. sangat leka. biarlah ini yang terakhir. janganlah bolak balikkan hatiku lagi. aku sakit. perit rasanya. tak sanggup lagi untuk menanggung semua ini lagi. biarlah aku terus menyendiri dan terus menyendiri. biarlah ku jadikan ini semua sempadan untukku. pengajaran untukku. pengalaman dalam mencari erti hidup. membina dan menguatkan hati. setelah setahun melarikan diri aku fikir aku berjaya. tetapi aku tersungkur di pertengahan jalan. mengapa perlu begini? tak sanggup rasanya untuk menahan perasaan yang meyesakkan dada. bagaikan batu besar menghempap dada. penat. biarlah aku berehat. biarlah aku pergi. biarlah aku di sini bersama duniaku. pergilah air mata. pergilah....

Sunday, June 19, 2011

Di manakah aku sebenarnya?

hubungan aku dan along rengang beberapa hari. entah di mana silapnya. tapi semuanya berpunca daripada diri aku sendiri. aku merahsiakan aktiviti harian aku. aku kena berkawad. then balik lambat. pukul 7 balik sampai rumah. apa lagi berangin pakcik sorang tu bila tau aku balik lambat. parah. plus, aku tak bagi tau pe aku buat kat sekolah. lagi mengamuk la dia. ntah la. aku pun pening. malam nie baik pulak balik. secara semulajadi. aku ingatkan memang aku rengang dah sampai aku dan along aku lost contact. tapi, Allah tak izinkan. aku semakin buntu dengan perancangan Allah. sungguh misteri.malam nie boleh lak borak elok. selalunya berangin je. maybe perangai ak yang suka bercakap dah kembali. alhamdulillah. biarlah dengan kenal dengan nabilah yang lama. tapi baru bagi along. aku bukanlah penyayang macam dia, tapi kalau dia sakit aku terlalu risau. sampai kadang kadang tu, mata kat cikgu fikiran teringat kat dia. along makan apa? ubat dah ke belum? along tengah buat ape? macam macam. tadi nasib baik tak terkantoi, kawan kawan aku panggil aku tapi fikiran aku terlayang teringat kat along. parah aku cakap. aku ni tak boleh dengar dia sakit. susah hati. aku sendiri tak pasti sebenarnya apa yang berlaku kepada diri aku. tapi aku bersyukur sekarang sebab aku boleh menjadi nabilah yabg dulu. menutup kedukaan dengan keceriaan yang dicipta. akhirnya semua orang di sekitar aku dan diri aku sendiri ikut ketawa biarpun dalam hati menangis. menanggung rindu yang tak terucap. menanggung perasaan yang menyeksakan hati. sungguh sakit. jika ini berlarutan semuanya akan hancur berkecai. aku tak sanggup untuk hancurkan hati mama abah aku untuk kali kedua. takkan la PMR je aku result cantek tapi SPM hancur? Ya Allah...aku tak dapat bayangkan. bukannya aku tak fikir, tapi...semua nie tak terjangka oleh aku. tolonglah aku...

Monday, June 6, 2011

Aku hanya inginkan yang terbaik!

semua orang inginkan yang terbaik. sama macam aku. inginkan terbaik dalam hidupku.oleh itu, Allah tunjukkan aku jalanNya. alhamdullilah aku kembali bersahabat dengan along walaupun dalam keadaan aku sekarang. aku perlu membiasakan diriku untuk bersahabat dengan lelaki. bukan senang. hanya aku dan Allah yang tahu bagaimana rasanya hatiku. DIA Maha Mengetahui segala galanya. aku tak boleh selamamya dari dari masalah yang macam nie. walaupun aku tak pernah berkawan rapat dengan mana mana lelaki, tetapi jika Allah menguji, kita sebagai hamba perlu terima dengan seredhanya. aku di sini masih terus berusaha untuk menjadi seorang hambaNya yang taat. aku mahu mengejar cintaNya. itu la impianku. ingin menjadi seorang muslimah yang solehah. bila nafsu merajai diri, ingin lah, jangan biarkan. aku sering terbabas dalam hal ini. hmm..aku masih inginkan yang terbaik dlm hidupku...

Sunday, June 5, 2011

Apa yang harus kulakukan lagi?

tadi maghrib aku terima satu lagi mesej dari along,.." 2 hari saya x msj awk, 2 hari jgk la awk x cntc sy. mmg sy dah xde mkne dlm hdup awk.." hmm. terlepas satu keluhan berat dari bibirku. dari hatiku. apa lagi yang harusku lakukan? aku juga buntu. terlalu buntu. kerana hal ini aku hilang fokus terhadap segala galanya. apa yang along nak sebenarnya? along tak boleh kawan 'macam tu' dengan aku. tak boleh. kita cuma boleh kawan sekadar kawan. along pun dah ada tunang kan.( awek tapi dia kata tunang ). tak pe la kan. aku tak kisah. niat aku cuma nak berkawan. tapi kalau macam nie la gayanya hati perempuan mana tak tersentuh. cuba bagi tau nama kat aku. aku nak pergi belajar dengan dia. aku rasa aku dah cukup keras. tak perlu lagi kelas bimbingan ke apa. aku tahu diri aku. tapi aku pun perempuan. seriously aku cakap, kawan boleh la. leboh tu...haila...kita tak boleh nak ngam lebih lebih. sikit sikit tu boleh la. kalau ikut sunnah pun kalau nak cari jodoh, cari yang tua 5 tahun atau lebih dari kita sebab lelaki kan lambat matang. in this case, along kurang matang dan dia pun keliru dengan perasaan dia sendiri. aku tak suka nak masukkan diri aku dalam dunia macam nie mengambil keputusan untuk pergi secara perlahan lahan dari hidupnya, tetapi, along bukan macam orang lain. dia mengharap. huh! susahnya...aku nak buat apa lagi. aku mohon petunjuk dari Allah je sekarang. bukan senang nak selesaikan perkara yang rumit macam nie. susah sangat. tapi tu la. takdir menentukan segalanya. aku tak nak memutuskan persahabatan ini. aku tak nak. tapi tengok sendiri la perangai dan sikap along. membuatkan aku risau. takut. serabut. aku risau aku akan tangkap cinta dengan dia. aku tak nak. tapi dia caring macam tu..dan bla..bla..bla..hati perempuan mana yang tak tersentuh? robot perempuan mungkin tak. tapi masalahnya aku nie perempuan. Ya Allah...tolonglah aku...aku dalam di lema. semuanya terjadi atas kehendakMu.....

Saturday, June 4, 2011

Aku seorang pelarian!

pertemuan aku dan along di mekah merupakan satu anugerah. ya anugerah. Allah telah mengajar aku sesuatu yang tak mungkin guru guruku ataupun sesiapa sahaja mengajar. iaitu cintaNYA lebih agung daripada cinta seorang hambaNYA. kerap kali jika hati ini ingin melakukan . kesunyian adalah kebiasaanku namun itu hanya sesaat jika aku terleka. tetapi kesunyian itu hancur dalam sesaat aku menghabiskan masaku dengan keluarga dan kawan-kawanku. aku sudah biasa berlari dan terus berlari.. cintaNYA lebih indah. lebih kuat. tidak memerlukan balasan. sangat ikhlas. kasih sayangNYA tidak terbatas. kesabaranNYA terlalu tinggi. DIA Maha Mengerti dan Memahami. siapa lagi yang di dunia ini yang akan memahami dirimu selain DIA, PenciptaMU? siapa lagi? di sini aku sedar bahawa aku telah hanyut. tapi sayangnya aku tidak boleh membawa along bersama untuk mengapai cinta Allah  kerana dia sudah mencintai hambaNYA terlebih dahulu. aku tidak mampu untuk menariknya sekali. along juga seorang yang beragama. tidak wajar seseorang sepertiku menasihatinya walhal aku juga jahil dan aku juga seorang wanita. dia seolah-olah ingin menarik diriku agar menyayanginya sahaja. sungguh dugaan semua ini. tersedarnya aku daripada mimpi indah tetapi hanya menyakitkan hatiku sahaja apabila aku berpijak kembali di bumi Malaysia. melihat wajah mama dan abah. kembali bersama keluarga dan rakan-rakan. aku telah berubah 360 darjah! Masyaallah! apa yang aku telah lakukan? terkikis semua keegoanku sebagai pembentengan kepada sifatku yang tegas. di manakah diriku? aku sudah hanyut dalam perhatian lelaki anjabi. sesungguhnya aku harus menjaga diri dan perasaanku untuk Adamku sahaja. bukannya untuk seseorang yang tidak pasti untukku. aku harus mengejar cinta Allah. bukannya leka melayan perasaan dan perhatian yang diberikan. andaikan ku dapat memutarkan kembali masa, aku kulakukan tanpa menoleh lagi. masa yang berlalu begitu jauh dari diri. sekali lagi. aku berlari. berlari dari dia. berlari dari perasaan. aku tinggalkan segala galanya. aku kembali programkan sistem kawalan hati agar tidak dapat di akses lagi oleh mana mana program. cukup la sampai di sini. aku begitu penat dengan semua ini. aku hanya inginkan diriku yang dulu. penuh dengan selamber. biarkan tidak berperasaan. hanya memikirkan keluarga. meningkatkan jati diri. mendekatkan diri kepada Allah. aku mampu memujuk diri sendiri. berlari. maafkan aku. aku terpaksa pergi. aku redha dengan ketentuan Allah. kerana DIA mengetahui apa yang terbaik untukku. aku lebih sayangkan Allah, keluargaku, kawan-kawanku, diriku dan masa depanku daripada dirimu. maafkan aku. pergilah kau dari hidupku. terima kasih Ya Allah kerana mengajarku erti bahagia yang sebenar. kurniakanlah kepadaku kekuatan dalam mengejar cintaMU. redhailah aku. Aku sayang Allah.