Assalamualaikum...



Saturday, March 19, 2011

Aku...

semalam aku nak update blog. nak cerita apa yang berlaku kat diri aku. tapi jari tak bergerak untuk menaip. hanya bergetar. aku terkena kejutan elektik. bila aku tulis ataupun teringat, automatik peristiwa semalam ulang tayang. bergetar badan aku, hati aku. belum habis. seolah-seolah sekali lagi aku kena. hmm. maybe nilah balasan ALLAH kepada aku. kepada dosa-dosa aku. aku bersyukur sangat bila di beri peluang untuk bernafas di muka bumi ini. sangat bersyukur. dan aku sedar tiada yang lebih penting melainkan diri aku. first! second, family dan kawan-kawan. ALLAH, terima kasih sangat-sangat. kemarahan aku dan semua sifat-sifat buruk aku dapat dikawal walaupun tak banyak. mungkin nielah hikmah aku kena kejutan elektik. aku tak nak cerita macam mana aku kena. risau malam nie mata terpejam, hati bergetar, badan menggigil! esok aku sekolah. aku sayang ALLAH, diri aku. tolonglah wahai hati tetapkanlah imanmu. kepada diriku berubahlah untuk kebaikan. tarikh penerbangan aku pada 30.3.2011 akan ditunda ke 9.4.2011. I will go there. Go for good. Change for good. I want change.

Sunday, March 13, 2011

Semalam yang berlalu

mama bising tanya pasal pakcik jepun. aku blur tak terkata. mama pulak tanya macam mana la keadaan dia. aku jawap aku tak tau. tapi dalam hati. aku mengaku aku bukannya caring sangat! umph.sebenarnya agak terkilan. tak dipedulikan. tapi aku tau benda macam nie memang akan berlaku jugak sama ada cepat ataupun lambat. line kat jepun sibuk. sure tak boleh nak online. aku try call tapi tak dapat. apa boleh buat lagi? risau jugak. dia pakcik aku. penasihat tak bertauliah aku. dalam masa yang sama maybe akan jadi cikgu aku. siapa tau?

semalam jugak. aku boring tahap nak mati. aku mesej dengan kaklong anak makjang. memang jarang la aku nak hantar mesej kay dia. tapi semalam saraf otak tak betul. syima pun aku mesej. izzan call aku. aku angkat tapi senyap je. kesian dia. habis kredit macam tu je. maxis-celcom. mahal beb! semalam jugak amin adik kaklong anak makjang mimpi apa ntah hantar mesej kat aku guna pulak number lain. masalah betul dia tu. jangan sampai aku pening sudah. haish. tapi mesej terputus di tengah jalan. sama ada dia tertido ataupun kredit habis. ataupun dua-dua. hahaha.

kadang-kadang aku terfikir memang sunyi jugak tak de pakwe nie. sekali lagi aku fikir menyemak dan serabut jugak kalau ada pakwe. lebih baik sunyi sepi sebab sunyi sepi tu kejap je berbanding dengan serabut satu ape pun tak boleh nak focus bila otak aku bengong! lagipun berpakwe pada masa sekarang macam orang tak cukup kasih sayang je. puppy love katakan. bagi aku la. lain la kalau dah masuk 'u'. kalau kahwin awal tu boleh la kalau nak dikatakan 'sudah sampai seru'. bukannya gatal. kalau gatal tak semestinya kahwin kan. elakkan zina what? lebih baik. sape pun tak sakit mata bila tengok korang pegang tangan ke...dating ke..dll. kecuali la kalau ada orang yang dengki. tu lain cerita okey.

aku pun tak tau la aku mimpi ape petang tadi. aku tido petang erk. malam nie membebel yang bukan-bukan pulak. aku dah buat kimia. tapi separuh jalan. nanti aku sambung lagi. lagipun cikgu bukannya ada. aku tahu tak elok tangguh kerja. tapi bila datang mood sewel-malas ntah pape nie. kata la ape pun aku buat donno je. padan muka sape-sape yang cakap dengan aku tu. hahaha. ntah pape aku malam nie.

ye la kan. aku nak cakap dengan sape lagi kalau bukan diri aku sorang-sorang kan. macam orang gila. tapi kan bagi aku meluahkan perasaan melalui penulisan lebih baik daripada lisan. kalau lisan belum tentu ada orang nak dengar. kan? korang ape tahu apa yang aku rasa. aku nie bukannya petah berkata-kata. buat selamber derk je. plus dengan orang yang aku tak kenal. kalau tidak takkan la aku dicop sebagai budak selamber serius. ntah pape diorang tu. nyampah! tak kenal tak tahu la.

Thursday, March 10, 2011

Apakah?

lama tak update blog macam biasa. minggu nie cuti semester. pejam celik,celik pejam, dah bulan 3 dah nak masuk bulan 4. maknanya lebih kurang 2 or 3 minggu aku akan pergi. pergi mana? menyahut seruan allah. memang banyak jugak dugaan dalam sedar tak sedar. aku sakit la. demam. pilihan lagi. aku dapat tawaran pergi sekolah badlishah dan smkk. aku nak pergi...tapi...macam-macam 'tapi'. akhirnya aku pergi jumpa kaunselor. aku tolak tawaran sekolah elit tu. kalau nak ikutkan memang aku nak pergi. bukan selalu tawaran datang macam tu.

aku jugak rasa macam aku berperang dengan diri sendiri. dengan perasaan sendiri. syafiq...aku tak tau nak tulis macam mana. aku dah tak reti nak balas senyuman dia tu. bila aku jumpa dia ja aku lari. aku tunduk. aku pusing cakap dengan kawan aku. kadang-kadang tu buat tak kenal. buat tak nampak. buat tak tau pun ada jugak. mesti dia terasa kan dengan aku. bukan sengaja nak buat macam tu. tapi aku jadi tak keruan bila nampak dia. betul-betul segan bila dia senyum kat aku. aku sanggup kalau aku jumpa dia tapi dia tak senyum kat aku. sebab aku betul-betul segan dengan dia. serba tak kena. walaupun dia tu muda setahun dari aku.

pakcik jepun. ezze normezan b rasmi. aku rasa maybe dia dah tukar nama fb dia ataupun dah tutup fb dia. diantara dua ja la. aku pun tak tau. nak hantar ym kat dia nanti dia tak balas pulak. aku pulak yang termalu sendiri. haish...masalah betul la. kat skype pulak dia tak online pun. asyik away je. yang boleh buat aku jauhkan diri dari pakcik jepun tu bukannya apa. kat fb dia relationship dia bertukar. daripada single ke in relationship. aku tak nak la kacau pakwe orang walaupun dia tu memang pangkat pakcik aku. haish.tapi memang ada benda yang buat aku berdebar-debar sekarang. adakah dia akan mengajar kat sekolah aku. tapi kalau ikit logik tak kan la belajar jauh-jauh tapi balik malaysia ngajar sekolah menengah je. tapi tak mustahil jugak. lagipun sekolah aku memang tak cukup cikgu. cikgu fizik, kimia, math tak cukup lagi. apa yang berlaku tak tau lagi. tapi memang gerun bila dengar cikgu baru nie.walaupun dia tak kenal aku...tapi cukup la buat aku berdebar... haishhh...

hanya ALLAH yang tahu apa akan terjadi selepas ini...

Wednesday, March 2, 2011

Letih jugak...

aku pergi merentas desa semalam. letih woo. aku terjatuh kat curam. lutut aku lebam warna biru. huhu. sakit woo. aku tak pergi sekolah hari nie. aku selsema dan sakit tekak. demam sikit dan homework aku tak siap lagi. hahahaha. sejujurnya aku tak larat. hehehe. aku sibuk sekarang. baru habis exam. tak sangka aku susah jugak menengah atas nie. huhu! nak update blog pun tak sempat. bersawang blog aku. hari nie mama aku rumah kenduri. tapi panggil kaum wanita je la. azura nak tido rumah aku malam nie. hehehe. dia nak pergi sekolah dengan aku naik bas hari sabtu. hari sabtu sekolah ganti tapi buat merentas desa. ok. aku rasa tak de pape dah nak tulis...
~ see later ~