Assalamualaikum...



Friday, May 27, 2011

Aku masih mencari keredhaanNya...

kalau dulu aku tak suka nak baca blog blog islamic misalnya http://dirikudrcinta.blogspot.com/ , sekarang blog dia la aku aku buka hari hari. terapi jiwa muslimah. di saat aku rasa kehilangan diri sendiri, ingin mencari diri yang lama, keliru dengan identiti diri, ingin mencari Nabilah binti Zulkiffli yang lama. merawat hati yang keliru. membersihkan hati dengan seikhlasnya. masih kekeliruan dengan jalan yang Allah berikan kepadaku. aku masih dalam ujianNya. masih lagi...di persimpangan itu aku rebah lalu terduduk. aku berusaha untuk bangun lalu terjatuh kembali. aku masih keliru dan keliru dan terus keliru. apa yang sepatutnya aku lakukan? aku membataskan hatiku. aku cuba mengawal keadaan. aku cuba mengawal perhubungan aku dan along. aku meletakkan simbol 'adik beradik' antara aku dan along. supaya hatiku sedar dan sentiasa sedar. jangan simpan harapan kepada along. biarlah Allah yang menentukan segalanya. untuk megelakkan perasaan yang tidak sepatutnya. aku melabelkan along sebagai 'abang kandungku' supaya hati ini tidak terlanjur menyayanginya. biarlah cinta hatiku bersemi kepada Allah semata-mata. kerana cinta kepada Allah tiada hampanya...tidak penghujungnya...indahnya cinta Allah...indahnya menjadikan Allah sebagai kekasih hati...kerana Allah adalah kekasih yang paling penyayang...paling memahami...semoga aku dapat menjadi kekasih yang sempurna...Allah adalah kekasih yang paling setia...Amin...permudahkan segala urusanku...aku ingin menjadi hambaMu yang terbaik...muslimah yang solehah...redhalah aku...pimpinlah aku ke jalanMu...Ya Allah......

Thursday, May 26, 2011

Aku ingin berlari...

ya..aku inigin berlari..lari daripada semua masalah ini. aku ingin berbuat demikian. aku lemah. tak trdaya untuk menghadapi semua ini. apa yang di benakku adalah berlari. berlari dari segalanya. lari daripada kekecelaruan perasaan. aku risau jika aku melebih garisan sempadan diantara aku dan dia. dalam masa yang sama aku tidak ingin untuk melukai hatinya. hati milik Muhaammad Aqip b Mohd Azman. aku tahu dia tidak akan mengerti segalanya. tidak pernah mengerti. kasihnya aku kepadanya hanya Allah yang tahu. kasihnya aku kepadanya sehingga ku ingin berlari dari dirinya. ingin melupai dirinya. ingin berjauhan dari dirinya. begitu la kasihku kepadanya. aku tahu sukarnya untuk memahami semua ini. mengapa aku mesti pergi jika aku mengasihinya. mengapa? kerana aku tidak sanggup melihat dia tersepit di antara sahabat dan kekasih. mungkin kekasihnya,Nabilah memahaminya. namanya sama sepertiku. tetapi berbeza watak. dia jauh lebih baik dari diriku yang serba jahil dari segi agama. datang merayu kepada Allah hanya ketika kesusahan. leka ketika senang. itulah aku. di mindaku ingin berlari. terus berlari tanpa melihat ke belakang lagi. terlampau aku lemah di sisi Allah.terfikir buatku untuk keluar dari negara Malaysia ini. bermastautin di negara lain. melupakan segala kenangan di sini. ataupun menghilangkan segala memori yang tercipta di sini. tapi aku tidak terdaya untuk berbuat demikian. Allah menguji aku seperti ini. aku dapat rasakan semakin hari semakin aku berjalan menghampirinya. betapa aku lemah. betapa aku kerdilnya di sisinya. aku tidak pernah rasakan begini. dalam masa yang sama hatiku meronta-meronta. ingin meninggalkan semuanya. aku ingin meninggal along. ingin meninggalkan kenangan. namun, aku tidak pernah terdaya untuk berbuat demikian. kerana dia memerlukan sokongan untuk berdiri. apakan aku yang salah dalam hal ini? adakah aku yang mementingkan diri sendiri. niatku adalah untuk MENJAGA HATIKU DARIPADA JATUH CINTA KEPADAANYA... ya Allah...tolonglah aku untuk kali ini. aku memerlukan bantuan darimu...sangat memerlukan ya Allah....

Monday, May 23, 2011

Welcome back!

setelah lama berdiam diri akhirnya aku kembali membawa cerita. cerita aku kali nie akan penuh dengan suka dan duka. dan lebih banyak kepada duka. mungkin. setelah segala galanya aku lalui seorang diri. kini kurasakan aku semakin sukar untuk bertahan. sangat sukar untuk dugaan kali nie...aku rasa seperti ingin melepaskan segal gala. ingin memutar waktu. terlampau sukar semua ini bagi. tapi aku sedar aku sudah tidak mampu untuk berbuat demikian. pertemuan dengan along adalah satu rahmat. kenangan terindah. sangat indah. susah bersama. gembira bersama.tapi segala berubah kerana dugaan. allah menguji kami. aku sudah terugi dengan semua nie. sesukarnya aku menitiskan air mata, kini kerap sekali aku menangis. hilang segala malu untuk menangis. hilang segala keras hatiku kerana along. kerana allah telah perbalikan hatiku. punah juga segala egoku. aku seperti ingin diriku yang lama. inginkan hatiku yang lama. aku bukannnya ingin berlaku kejam terhadap diri sendiri dan juga along. tapi...hmm...berkawan dengan along...ku pilih along kerana agamanya...along bukan saja menjadi pilihanku tetapi anak gadis lain di luar sana. yang setaraf dengan akhlak dan agamanya. layakkah aku? disini ku kembali coretkan kerana tiada tempat mengadu. perang dingin antara aku dan along semakin hari semakin berlarutan. aku inginkan waktu. aku ingin perpisahan untuk sementara. biar sama-sama kita menilai diri. melihat di mana silapnya. insyaallah ukhwah ini moga-moga akan berkekalan.