Assalamualaikum...



Sunday, March 13, 2011

Semalam yang berlalu

mama bising tanya pasal pakcik jepun. aku blur tak terkata. mama pulak tanya macam mana la keadaan dia. aku jawap aku tak tau. tapi dalam hati. aku mengaku aku bukannya caring sangat! umph.sebenarnya agak terkilan. tak dipedulikan. tapi aku tau benda macam nie memang akan berlaku jugak sama ada cepat ataupun lambat. line kat jepun sibuk. sure tak boleh nak online. aku try call tapi tak dapat. apa boleh buat lagi? risau jugak. dia pakcik aku. penasihat tak bertauliah aku. dalam masa yang sama maybe akan jadi cikgu aku. siapa tau?

semalam jugak. aku boring tahap nak mati. aku mesej dengan kaklong anak makjang. memang jarang la aku nak hantar mesej kay dia. tapi semalam saraf otak tak betul. syima pun aku mesej. izzan call aku. aku angkat tapi senyap je. kesian dia. habis kredit macam tu je. maxis-celcom. mahal beb! semalam jugak amin adik kaklong anak makjang mimpi apa ntah hantar mesej kat aku guna pulak number lain. masalah betul dia tu. jangan sampai aku pening sudah. haish. tapi mesej terputus di tengah jalan. sama ada dia tertido ataupun kredit habis. ataupun dua-dua. hahaha.

kadang-kadang aku terfikir memang sunyi jugak tak de pakwe nie. sekali lagi aku fikir menyemak dan serabut jugak kalau ada pakwe. lebih baik sunyi sepi sebab sunyi sepi tu kejap je berbanding dengan serabut satu ape pun tak boleh nak focus bila otak aku bengong! lagipun berpakwe pada masa sekarang macam orang tak cukup kasih sayang je. puppy love katakan. bagi aku la. lain la kalau dah masuk 'u'. kalau kahwin awal tu boleh la kalau nak dikatakan 'sudah sampai seru'. bukannya gatal. kalau gatal tak semestinya kahwin kan. elakkan zina what? lebih baik. sape pun tak sakit mata bila tengok korang pegang tangan ke...dating ke..dll. kecuali la kalau ada orang yang dengki. tu lain cerita okey.

aku pun tak tau la aku mimpi ape petang tadi. aku tido petang erk. malam nie membebel yang bukan-bukan pulak. aku dah buat kimia. tapi separuh jalan. nanti aku sambung lagi. lagipun cikgu bukannya ada. aku tahu tak elok tangguh kerja. tapi bila datang mood sewel-malas ntah pape nie. kata la ape pun aku buat donno je. padan muka sape-sape yang cakap dengan aku tu. hahaha. ntah pape aku malam nie.

ye la kan. aku nak cakap dengan sape lagi kalau bukan diri aku sorang-sorang kan. macam orang gila. tapi kan bagi aku meluahkan perasaan melalui penulisan lebih baik daripada lisan. kalau lisan belum tentu ada orang nak dengar. kan? korang ape tahu apa yang aku rasa. aku nie bukannya petah berkata-kata. buat selamber derk je. plus dengan orang yang aku tak kenal. kalau tidak takkan la aku dicop sebagai budak selamber serius. ntah pape diorang tu. nyampah! tak kenal tak tahu la.

No comments:

Post a Comment