Assalamualaikum...



Thursday, May 26, 2011

Aku ingin berlari...

ya..aku inigin berlari..lari daripada semua masalah ini. aku ingin berbuat demikian. aku lemah. tak trdaya untuk menghadapi semua ini. apa yang di benakku adalah berlari. berlari dari segalanya. lari daripada kekecelaruan perasaan. aku risau jika aku melebih garisan sempadan diantara aku dan dia. dalam masa yang sama aku tidak ingin untuk melukai hatinya. hati milik Muhaammad Aqip b Mohd Azman. aku tahu dia tidak akan mengerti segalanya. tidak pernah mengerti. kasihnya aku kepadanya hanya Allah yang tahu. kasihnya aku kepadanya sehingga ku ingin berlari dari dirinya. ingin melupai dirinya. ingin berjauhan dari dirinya. begitu la kasihku kepadanya. aku tahu sukarnya untuk memahami semua ini. mengapa aku mesti pergi jika aku mengasihinya. mengapa? kerana aku tidak sanggup melihat dia tersepit di antara sahabat dan kekasih. mungkin kekasihnya,Nabilah memahaminya. namanya sama sepertiku. tetapi berbeza watak. dia jauh lebih baik dari diriku yang serba jahil dari segi agama. datang merayu kepada Allah hanya ketika kesusahan. leka ketika senang. itulah aku. di mindaku ingin berlari. terus berlari tanpa melihat ke belakang lagi. terlampau aku lemah di sisi Allah.terfikir buatku untuk keluar dari negara Malaysia ini. bermastautin di negara lain. melupakan segala kenangan di sini. ataupun menghilangkan segala memori yang tercipta di sini. tapi aku tidak terdaya untuk berbuat demikian. Allah menguji aku seperti ini. aku dapat rasakan semakin hari semakin aku berjalan menghampirinya. betapa aku lemah. betapa aku kerdilnya di sisinya. aku tidak pernah rasakan begini. dalam masa yang sama hatiku meronta-meronta. ingin meninggalkan semuanya. aku ingin meninggal along. ingin meninggalkan kenangan. namun, aku tidak pernah terdaya untuk berbuat demikian. kerana dia memerlukan sokongan untuk berdiri. apakan aku yang salah dalam hal ini? adakah aku yang mementingkan diri sendiri. niatku adalah untuk MENJAGA HATIKU DARIPADA JATUH CINTA KEPADAANYA... ya Allah...tolonglah aku untuk kali ini. aku memerlukan bantuan darimu...sangat memerlukan ya Allah....

No comments:

Post a Comment