Assalamualaikum...



Friday, May 27, 2011

Aku masih mencari keredhaanNya...

kalau dulu aku tak suka nak baca blog blog islamic misalnya http://dirikudrcinta.blogspot.com/ , sekarang blog dia la aku aku buka hari hari. terapi jiwa muslimah. di saat aku rasa kehilangan diri sendiri, ingin mencari diri yang lama, keliru dengan identiti diri, ingin mencari Nabilah binti Zulkiffli yang lama. merawat hati yang keliru. membersihkan hati dengan seikhlasnya. masih kekeliruan dengan jalan yang Allah berikan kepadaku. aku masih dalam ujianNya. masih lagi...di persimpangan itu aku rebah lalu terduduk. aku berusaha untuk bangun lalu terjatuh kembali. aku masih keliru dan keliru dan terus keliru. apa yang sepatutnya aku lakukan? aku membataskan hatiku. aku cuba mengawal keadaan. aku cuba mengawal perhubungan aku dan along. aku meletakkan simbol 'adik beradik' antara aku dan along. supaya hatiku sedar dan sentiasa sedar. jangan simpan harapan kepada along. biarlah Allah yang menentukan segalanya. untuk megelakkan perasaan yang tidak sepatutnya. aku melabelkan along sebagai 'abang kandungku' supaya hati ini tidak terlanjur menyayanginya. biarlah cinta hatiku bersemi kepada Allah semata-mata. kerana cinta kepada Allah tiada hampanya...tidak penghujungnya...indahnya cinta Allah...indahnya menjadikan Allah sebagai kekasih hati...kerana Allah adalah kekasih yang paling penyayang...paling memahami...semoga aku dapat menjadi kekasih yang sempurna...Allah adalah kekasih yang paling setia...Amin...permudahkan segala urusanku...aku ingin menjadi hambaMu yang terbaik...muslimah yang solehah...redhalah aku...pimpinlah aku ke jalanMu...Ya Allah......

No comments:

Post a Comment