Assalamualaikum...



Saturday, June 4, 2011

Aku seorang pelarian!

pertemuan aku dan along di mekah merupakan satu anugerah. ya anugerah. Allah telah mengajar aku sesuatu yang tak mungkin guru guruku ataupun sesiapa sahaja mengajar. iaitu cintaNYA lebih agung daripada cinta seorang hambaNYA. kerap kali jika hati ini ingin melakukan . kesunyian adalah kebiasaanku namun itu hanya sesaat jika aku terleka. tetapi kesunyian itu hancur dalam sesaat aku menghabiskan masaku dengan keluarga dan kawan-kawanku. aku sudah biasa berlari dan terus berlari.. cintaNYA lebih indah. lebih kuat. tidak memerlukan balasan. sangat ikhlas. kasih sayangNYA tidak terbatas. kesabaranNYA terlalu tinggi. DIA Maha Mengerti dan Memahami. siapa lagi yang di dunia ini yang akan memahami dirimu selain DIA, PenciptaMU? siapa lagi? di sini aku sedar bahawa aku telah hanyut. tapi sayangnya aku tidak boleh membawa along bersama untuk mengapai cinta Allah  kerana dia sudah mencintai hambaNYA terlebih dahulu. aku tidak mampu untuk menariknya sekali. along juga seorang yang beragama. tidak wajar seseorang sepertiku menasihatinya walhal aku juga jahil dan aku juga seorang wanita. dia seolah-olah ingin menarik diriku agar menyayanginya sahaja. sungguh dugaan semua ini. tersedarnya aku daripada mimpi indah tetapi hanya menyakitkan hatiku sahaja apabila aku berpijak kembali di bumi Malaysia. melihat wajah mama dan abah. kembali bersama keluarga dan rakan-rakan. aku telah berubah 360 darjah! Masyaallah! apa yang aku telah lakukan? terkikis semua keegoanku sebagai pembentengan kepada sifatku yang tegas. di manakah diriku? aku sudah hanyut dalam perhatian lelaki anjabi. sesungguhnya aku harus menjaga diri dan perasaanku untuk Adamku sahaja. bukannya untuk seseorang yang tidak pasti untukku. aku harus mengejar cinta Allah. bukannya leka melayan perasaan dan perhatian yang diberikan. andaikan ku dapat memutarkan kembali masa, aku kulakukan tanpa menoleh lagi. masa yang berlalu begitu jauh dari diri. sekali lagi. aku berlari. berlari dari dia. berlari dari perasaan. aku tinggalkan segala galanya. aku kembali programkan sistem kawalan hati agar tidak dapat di akses lagi oleh mana mana program. cukup la sampai di sini. aku begitu penat dengan semua ini. aku hanya inginkan diriku yang dulu. penuh dengan selamber. biarkan tidak berperasaan. hanya memikirkan keluarga. meningkatkan jati diri. mendekatkan diri kepada Allah. aku mampu memujuk diri sendiri. berlari. maafkan aku. aku terpaksa pergi. aku redha dengan ketentuan Allah. kerana DIA mengetahui apa yang terbaik untukku. aku lebih sayangkan Allah, keluargaku, kawan-kawanku, diriku dan masa depanku daripada dirimu. maafkan aku. pergilah kau dari hidupku. terima kasih Ya Allah kerana mengajarku erti bahagia yang sebenar. kurniakanlah kepadaku kekuatan dalam mengejar cintaMU. redhailah aku. Aku sayang Allah.

No comments:

Post a Comment