Assalamualaikum...



Sunday, June 5, 2011

Apa yang harus kulakukan lagi?

tadi maghrib aku terima satu lagi mesej dari along,.." 2 hari saya x msj awk, 2 hari jgk la awk x cntc sy. mmg sy dah xde mkne dlm hdup awk.." hmm. terlepas satu keluhan berat dari bibirku. dari hatiku. apa lagi yang harusku lakukan? aku juga buntu. terlalu buntu. kerana hal ini aku hilang fokus terhadap segala galanya. apa yang along nak sebenarnya? along tak boleh kawan 'macam tu' dengan aku. tak boleh. kita cuma boleh kawan sekadar kawan. along pun dah ada tunang kan.( awek tapi dia kata tunang ). tak pe la kan. aku tak kisah. niat aku cuma nak berkawan. tapi kalau macam nie la gayanya hati perempuan mana tak tersentuh. cuba bagi tau nama kat aku. aku nak pergi belajar dengan dia. aku rasa aku dah cukup keras. tak perlu lagi kelas bimbingan ke apa. aku tahu diri aku. tapi aku pun perempuan. seriously aku cakap, kawan boleh la. leboh tu...haila...kita tak boleh nak ngam lebih lebih. sikit sikit tu boleh la. kalau ikut sunnah pun kalau nak cari jodoh, cari yang tua 5 tahun atau lebih dari kita sebab lelaki kan lambat matang. in this case, along kurang matang dan dia pun keliru dengan perasaan dia sendiri. aku tak suka nak masukkan diri aku dalam dunia macam nie mengambil keputusan untuk pergi secara perlahan lahan dari hidupnya, tetapi, along bukan macam orang lain. dia mengharap. huh! susahnya...aku nak buat apa lagi. aku mohon petunjuk dari Allah je sekarang. bukan senang nak selesaikan perkara yang rumit macam nie. susah sangat. tapi tu la. takdir menentukan segalanya. aku tak nak memutuskan persahabatan ini. aku tak nak. tapi tengok sendiri la perangai dan sikap along. membuatkan aku risau. takut. serabut. aku risau aku akan tangkap cinta dengan dia. aku tak nak. tapi dia caring macam tu..dan bla..bla..bla..hati perempuan mana yang tak tersentuh? robot perempuan mungkin tak. tapi masalahnya aku nie perempuan. Ya Allah...tolonglah aku...aku dalam di lema. semuanya terjadi atas kehendakMu.....

No comments:

Post a Comment