Assalamualaikum...



Wednesday, June 22, 2011

Sekali lagi

biarlah ini jadi yang terakhir. hatiku terasa remuk untuk sekian kalinya. tanpa terduga. berketar tubuh menahan getar, kenapa aku mesti merasakan ini semua. hati hati yang merasa. hanya jiwa yang mengerti. akal fikiran kian menyepi. pertanyaan dari diri dipandang sepi. sekian kalinya. aku terjatuh sesudah terus berlari dari realiti. aku menipu hati sendiri. aku juga terseksa. tapi bukan sengaja untukku melakukannya kerana aku lebih tahu apa yang terjadi antara aku dan dia. siapa dia dan siapa aku. kerana hati sendiri melonjak lonjak ingin mengambil tahu perkembangan dirinya akhirnya aku sendiri yang tenggelam dalam perasaan yang tak terduga. sabarlah hati. sesungguhnya perasaan ini telah pergi dahulu. dan aku fikir ia tidak akan datang kembali. ternyata aku silap percaturan. betullah. perasaan tidak dapat ditegah. ia datang tanpa dipinta. kadang kadang aku sendiri tidak mengerti. hatiku tersentuh. terasa. itulah yang sebenarnya. terkilan rasa hati apabila aku lihat di fbnya. aku beranggap dia sibuk untuk sambung belajar. tapi...kini punah. memori lama kembali. berulang. jalan cerita sedikit berbeza tapi maksudnya tetap sama. adzhim...along atau aqip. tetap sama walaupun orang yang berbeza. aku leka kerana membiarkan dirinya masuk ke dalam hidupku. sangat leka. biarlah ini yang terakhir. janganlah bolak balikkan hatiku lagi. aku sakit. perit rasanya. tak sanggup lagi untuk menanggung semua ini lagi. biarlah aku terus menyendiri dan terus menyendiri. biarlah ku jadikan ini semua sempadan untukku. pengajaran untukku. pengalaman dalam mencari erti hidup. membina dan menguatkan hati. setelah setahun melarikan diri aku fikir aku berjaya. tetapi aku tersungkur di pertengahan jalan. mengapa perlu begini? tak sanggup rasanya untuk menahan perasaan yang meyesakkan dada. bagaikan batu besar menghempap dada. penat. biarlah aku berehat. biarlah aku pergi. biarlah aku di sini bersama duniaku. pergilah air mata. pergilah....

No comments:

Post a Comment