Assalamualaikum...



Sunday, January 2, 2011

Esok sekolah!

baru hari nie aku boleh berblogging menggunakan website. kalau tak hp la jawapnya. haish. selepas 2 hari menggunakan hp hari la hari yang amat beruntung. ingat seronok sangat ke tulis blog guna hp? dah la words dia terhad. hanya 512 patah perkataan je tau. kedekut!!! hahaha.
siang tadi aku berblog walking di blog nasrul faiz, jejaka terhangat dan sembang kosong. perang mulut antara JT dan shah tak selesai-selesai lagi. bilalah dia orang nak berdamai kan? dua-dua blog yang popular dan blog yang aku suka. aku tak menyebelahi mana-mana pihak. sebab dua-dua blog aku suka. blog sembang kosong blog yang lawak dan berplagiat dan jejaka terhangat konsepnya bercabang-cabang. haishhh....tak tau nak cakap apa. bak kata artis-artis...'no komen'. hahaha
blog faiz...hmmm...esok tak dapat la nak jumpa muka dia lagi sebab dia dah pindah teknik seberang prai. kat blog dia pun macam sedih-sedih. kat situ pun ada jugak tulis azam dia tahun nie. nak jadi yang terbaik. macam azam aku la. dia nak belajar bersungguh-sungguh tak nak main-main sangat. macam azam aku jugak tapi lain sikit. aku nak belajar sungguh-sungguh dan nak main sungguh-sungguh. hehehe. serius okey. papepun good luck!aku rasa satu penghijrahan yang baik. dia sanggup tinggal segala-galanya termasuklah hp, internet,blog,awek.rumah.motor,games, dan lain-lain. sekolah lama dan kawan-kawan. dia berani, tak macam aku, sayang nak tinggal segala-segalanya. hahaha.
esok sekolah. haishhh...rasa macam cuti nie kejap sangat-sangat. tak puas. walaupun lepas je bulan 9 aku merdeka.hahaha.bad news. baju sekolah aku teruk. kedutan dia tak hilang bila di seterika. waaaa!!! aku rasa macam nak baling je baju tu. ataupun lebih tepat aku nak bawak baju tu tunjuk kat tauke kedai dan suruh dia buat lain baju aku sekarang jugak! arghhh!!! menambahkan mood tak nak pergi sekolah. 
mama aku cakap..' tak payah pergi sekolah, ada orang masuk meminang lepas je terus!' fuhhh...kejam. tak nak la kahwin awal-awal. aku masih muda. tak puas lagi hidup muda, bujang dan enjoy. tak nak terikat dengan tanggungjawap yang tidak sepatutnya.
papepun, aku harap tahun nie lebih baik daripada tahun lepas. dan aku harap muka-muka tahun baru lebih segar daripada tahun lepas. apa maksud aku nie?
budak-budak baru, selamat datang ke sekolah aku. ingat...nie sekolah baru korang, sekolah aku. so, jangan nak buat otai, ranggi tak tentu hala. hahahaha. gengsternya aku. 

No comments:

Post a Comment