Assalamualaikum...



Thursday, January 20, 2011

Maafkanku mengabaikanmu...

amacam tajuk entri? hehehe. mengabaikan blog dan kini aku kembali untuk membersihkan sawang-sawang dan habuk-habuk yang mencemari blog aku nie. bukannya aku tak nak update blog tapi aku tak sempat sangat-sangat. laptop dan bb hanya boleh dipandang dengan rasa simpati. andaikan kata aku menyentuh laptop dan bb maknanya makin bertangguh la homework-homework aku yang bertimbun. bukan senag masuk kelas sains tulen nie. banyak benda kena belajar. tapi kerana minat punya pasal...lautan api sanggup kurenangi. hahaha. oleh kerana aku ada masa yang terluang hari nie. aku pun berblog walking la. banyak benda yang best yang tak dapat kubaca sampai habis. novel hasil nukilan Hlovate sebanyak 2 buah yang bertajuk tunas dan pelangi aku tak baca lagi. bila aku buka je almari. rasa macam nak ambik baca tapi bila pandang meja belajar, tak jadi. plastik novel tu pun aku tak buka lagi. tak pe la.janji aku dah beli novel tu.

aku ada kawan baru, namanya Fauzi. aku cerita dah kan? dia nie baik la. macam aku tak layak pulak nak kawan dengan dia nie.warak tu la perkataan yang paling sesuai. aku dan dia cuma mesej petang dalam pukul 6.15-7.30 dan 10 sampai 10.30. masa lain tak mesej lagi. pukul 10 malam mesej sebab time tu dia rest dari study. dia pandai. PMR dapat 7A1B. tapi dia ambil kelas sains pertanian sebab minat aliran tu. setahu aku dia nie pemalu. jarang cakap dengan perempuan. tu la yang dia gtau kat aku. setakat mana kebenarannya hanya Allah yang tahu.

No comments:

Post a Comment